Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

ROI Mitsubishi Xforce Sudah Dibuka, Jika Minat Sangat Boleh Tempah Pada Feb Nanti

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan membuka tempahan untuk    Mitsubishi Xforce bermula  awal Februari ini.

Buat masa ini, masih belum jelas sama ada Malaysia akan mengikut pendekatan satu varian seperti Brunei atau menawarkan dua varian seperti di Indonesia.

Dari segi keselamatan, XForce meraih penarafan lima bintang ASEAN NCAP. Ia mencatatkan 79.15 mata daripada 100 mata di bawah protokol penilaian 2021–2025, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai model serantau yang direka dengan baik.

Sekiranya ia tiba dengan spesifikasi seperti pasaran Indonesia, XForce akan dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi yang mana ia mampu  menghasilkan 103 hp dan 141 Nm, serta digandingkan dengan transmisi CVT dan pacuan roda hadapan (FWD).

Selain itu, ia juga dijangka menawarkan kelegaan tanah terbaik dalam segmennya iaitu 222 mm, bersama sistem Active Yaw Control serta pelbagai mod pemanduan yang disesuaikan untuk keadaan jalan raya di Asia Tenggara.

Dari segi dimensi, XForce berukuran 4,390 mm panjang dengan jarak roda 2,650 mm, meletakkannya sebaris dengan pesaing mapan seperti Honda HR-V selain menawarkan ruang kabin yang lebih luas.

Menjengah kabinnya, ia hadir dengan  termasuk skrin infotainmen 12.3 inci, paparan instrumen digital 8 inci serta sistem audio premium Yamaha.

Difahamkan, iaa bakal bersaing dengan jenama Jepun yang sudah terbukti seperti Honda HR-V, Chery Tiggo Cross, serta pesaing tempatan yang kuat termasuk Proton X50 serba baharu termasuk Perodua Traz baharu.

Bagaimanapun, menjelang pembukaan tempahan rasmi pada awal Februari, MMM telah membuka Pendaftaran Minat (Register of Interest) untuk Mitsubishi Xforce.

Ini membolehkan pelanggan menjadi antara yang terawal menerima kemas kini dan pratonton eksklusif. Pelanggan yang berminat boleh mendaftar di: https://www.mitsubishi-motors.com.my/xforce-register-of-interest


Gallery

Tag:

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
mitsubishi Xforce
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mitsubishi Motors Malaysia Naik Taraf Pusat 4S Di Miri

MMM bersama rakan pengedar setianya, Auto Pacifica, mengumumkan bahawa Pusat 4S yang terletak di Miri, Sarawak telah dinaik taraf, baru-baru ini.

20-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Berita Auto

1,000 Tempahan Mitsubishi Xforce Diterima Selepas Seminggu Pra-Pelancaran

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia menerima 1,000 Mitsubishi Xforce dalam masa seminggu selepas pra-pelancaran dan pembukaan tempahan.

16-02-2026
Kereta Baru

Tempahan Mitsubishi Xforce Kini Dibuka – CKD, Dari RM105K Dengan Rebat RM5,000

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kembali menggegar pasaran SUV kompak tempatan dengan model Mitsubishi Xforce Serba Baharu (2026).

05-02-2026
Berita Auto

Mitsubishi Xforce Dipasang Di Pekan, 800 Unit Dijangka Dihantar Pada April Ini

Pengeluaran Mitsubishi Xforce sudah pun dijalankan secara besar-besaran di kilang pemasangannya yang terletak di Pekan, Pahang.

03-02-2026
Berita Auto

Pusat 3S Mitsubishi Eon Auto Mart Kini Di Melaka Autocity

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama rakan pengedarnya, Eon Auto Mart (EAM), hari ini mengumumkan pemindahan dan naik taraf bilik pameran Mitsubishi Motors di Melaka.

16-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026