Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tempahan Mitsubishi Xforce Kini Dibuka – CKD, Dari RM105K Dengan Rebat RM5,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz-Mitsubishi-Xforce-PreBooking-14.jpegCariCarz-Mitsubishi-Xforce-PreBooking-13.jpeg


Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kembali menggegar pasaran SUV kompak tempatan dengan model Mitsubishi Xforce Serba Baharu (2026). Model ini muncul di negara kita dalam versi pemasangan tempatan (CKD) dari kilang di Pekan, Pahang, yang mana unit pertama dilaporkan baru sahaja dikeluarkan awal minggu ini. 


Tempahan kini telah dibuka secara rasmi bermula hari ini dengan anggaran harga dari RM110,000 bagi varian Urban dan RM120,000 untuk varian Ultimate, atas jalan tanpa insurans. Dengan reka bentuk yang sasa dan futuristik, Xforce sedia mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh model ASX sebelum ini.


Tawaran Luar Biasa Untuk 1,000 Pelanggan Pertama


CariCarz-Mitsubishi-Xforce-PreBooking-9.jpeg


Berikut adalah tawaran menarik yang diberikan sempena pra-pelancaran:

  • Rebat Tunai RM5,000: Menjadikan harga Xforce cuma RM105k (Urban) dan RM115k (Ultimate).
  • Peraduan 'Beli 1 Percuma 1': Semua pembeli berpeluang memenangi sebuah lagi Xforce varian tertinggi secara percuma!

Selain itu, MMM turut menawarkan baucar kesetiaan yang mana pemilik sedia ada Mitsubishi (dan keluarga terdekat) layak mendapat rebat tambahan RM1,000.


Rekaan Mitsubishi Xforce 2026


Image-Two.jpg


Model ini dibina berdasarkan XFC Concept dan direka khusus mengikut kesesuaian muka bumi dan cuaca di rantau ini, menjadikannya lebih praktikal untuk pemanduan di Malaysia.


Jangan tertipu dengan susuk tubuhnya yang nampak kompak. Jika diteliti dari segi angka, Mitsubishi Xforce sebenarnya menyimpan 'senjata rahsia' pada ruang kabin. Walaupun Toyota Corolla Cross lebih panjang secara keseluruhan, Xforce menjanjikan jarak roda yang paling panjang dalam kelasnya, mencecah 2,650 mm.


CariCarz-Mitsubishi-Xforce-PreBooking-1.jpegCariCarz-Mitsubishi-Xforce-PreBooking-8.jpeg


Secara teorinya, ini menjanjikan ruang kaki yang lebih luas buat penumpang belakang berbanding Honda HR-V mahupun Proton X50. 


Bukan itu sahaja, dengan berat hanya 1,235 kg, Xforce adalah antara SUV paling ringan, sekali gus memberi kelebihan dari segi nisbah kuasa-ke-berat dan kecekapan bahan api.


Spesifikasi Enjin Dan Tahap Keselamatan Xforce 2026


CariCarz-Mitsubishi-Xforce-PreBooking-4.jpeg


Kedua-dua varian Xforce menggunakan sistem trenkuasa berikut:

  • Enjin: 1.5L MIVEC 4 silinder (Sama seperti Xpander).
  • Kuasa: 105 PS / 141 Nm tork dipadankan dengan transmisi CVT.
  • Ciri Pemanduan: Dilengkapi Active Yaw Control (AYC) untuk selekoh lebih mantap, Electronic Parking Brake (EPB) dan Hill Start Assist.

Dalam aspek keselamatan, model ini menerima 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dengan sistem bantuan pemandu (ADAS) lengkap seperti FCW, AEB dan Blind Spot Detection.


Berita Baik Untuk Para Pembeli


Image-One.jpg


Berita baik buat anda yang tidak suka menunggu lama! Oleh kerana model ini dipasang  CKD di Pekan, MMM memberi komitmen untuk penghantaran pantas yang mana 800 unit pertama dijangka akan diserahkan kepada pelanggan bermula April 2026.


Pembelian model ini didatangkan dengan waranti selama 5 tahun tanpa had perbatuan.

CariCarz-Mitsubishi-Xforce-PreBooking-12.jpeg

Tag:

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
MMM
Mitsubishi Xforce Serba Baharu (2026)
Mitsubishi Xforce 2026
Mitsubishi Xforce CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

09-04-2026
Kereta Baru

16-02-2026
Kereta Baru

03-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
Kereta Baru

05-01-2026
Berita Auto

14-11-2025
Berita Auto

26-09-2025
Kereta Baru

11-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026