Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Untitled-design---2026-01-15T120325.800.png


BMW Group Malaysia sekali lagi membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di tanah air bagi tahun kelima berturut-turut. Di acara pelancaran model baharu yang diadakan semalam, syarikat itu mendedahkan kejayaan demi kejayaan yang dicapai tahun lalu, dengan lebih 10,800 unit kenderaan merangkumi jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad terjual.


WhatsApp-Image-2026-01-15-at-11.09.37-(1).jpegWhatsApp-Image-2026-01-15-at-11.09.38.jpegWhatsApp-Image-2026-01-15-at-11.09.37-(2).jpeg


Menariknya, lebih separuh daripada jumlah tersebut merupakan model yang dipasang secara tempatan (CKD), mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penting bagi jenama Bavaria ini.


Sejauh Mana Pencapaian EV BMW Di Malaysia?


WhatsApp-Image-2026-01-15-at-11.09.38-(2).jpegWhatsApp-Image-2026-01-15-at-11.09.38-(3).jpegWhatsApp-Image-2026-01-15-at-11.09.38-(1).jpeg


Tahun 2025 menyaksikan peralihan besar rakyat Malaysia kepada mobiliti elektrik. Sebanyak 2,700 unit EV telah terjual, merangkumi 25.2% daripada keseluruhan jualan syarikat. Ini merupakan peningkatan ketara berbanding 20.6% pada tahun sebelumnya.


WhatsApp-Image-2026-01-15-at-11.10.07.jpeg


Kejayaan ini menandakan tahun keenam berturut-turut BMW menerajui segmen EV premium di Malaysia. Antara model elektrik yang paling laku termasuklah:

  • BMW iX2 xDrive30 M Sport: Lebih 460 unit.
  • BMW i5 eDrive40 M Sport: Lebih 450 unit.
  • BMW iX1 eDrive20 M Sport: Mencatatkan lonjakan paling drastik, 41.1% dengan jualan melebihi 340 unit.

Bagaimana Pula Dengan Prestasi Jenama MINI Dan BMW Motorrad?


WhatsApp-Image-2026-01-15-at-11.12.02.jpeg

WhatsApp-Image-2026-01-15-at-11.11.34.jpegWhatsApp-Image-2026-01-15-at-11.11.33.jpeg


Bukan sahaja kereta BMW, jenama kereta kompak, MINI, dan motosikal, BMW Motorrad, turut mencatatkan pertumbuhan positif:

  • MINI: Lebih 1,500 kenderaan (naik 8.7%) diserahkan. Model paling popular ialah MINI Countryman (900+ unit), diikuti oleh model elektrik MINI Aceman SE.
  • BMW Motorrad: Lebih 1,600 motosikal (naik 3.8%) diserahkan. Segmen 'Adventure' menjadi kegilaan ramai dengan pertumbuhan 30.6% yang dipacu oleh model R 1300 GS Adventure.


Adakah Model Enjin Petrol Masih Relevan?


Walaupun EV semakin popular, model enjin pembakaran dalaman (ICE) tetap menunjukkan kestabilan jualan. BMW 3 Series kekal menjadi kegemaran dengan jualan melebihi 1,300 unit, di mana varian 320i Sport sahaja menyumbang hampir 300 unit dalam tempoh enam bulan pelancarannya. Selain itu, BMW 5 Series dan BMW X1 masing-masing mencatatkan jualan lebih daripada 1,200 unit.


Apakah Usaha BMW Dalam Memperkukuh Ekosistem EV Di Malaysia?


BMW Malaysia sedar bahawa infrastruktur sangat penting untuk menarik orang ramai agar beralih kepada model elektrik. Sehingga kini, terdapat lebih 2,000 poin pengecasan di seluruh negara. 


Apa Perancangan Masa Depan BMW Di Malaysia Untuk 2026?


WhatsApp-Image-2026-01-15-at-11.16.33.jpeg


BMW tidak menunjukkan tanda-tanda mahu memperlahankan rentak. Beberapa inisiatif besar sedang dijalankan:

  • Hab Pengedaran Baharu: Pusat Edaran Kenderaan (VDC) seluas 48,000 meter persegi sedang dibina di Selangor dan dijangka dibuka pada 2027.
  • Eksport Serantau: Malaysia kekal sebagai hab eksport dengan penghantaran lebih 11,800 kenderaan ke Filipina dan Thailand pada 2025.
  • Pembangunan Kemahiran: Menerusi program BMW NextGT, syarikat ini komited melatih juruteknik tempatan untuk mahir dalam teknologi kenderaan elektrik masa hadapan.

Juga Menarik: BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

Juga Menarik: BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

Tag:

BMW Group Malaysia
Prestasi 2025 BMW Group Malaysia
Prestasi Jualan BMW Group Malaysia
EV Laku
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

BMW & UM 'Terangi' Kawasan Pedalaman Guna Bateri EV Terpakai

BMW Group Malaysia mengukuhkan komitmen kelestarian mereka menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM).

16-01-2026
Kereta Baru

Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800

BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).

04-07-2025
Kereta Baru

Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800

BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.

25-06-2025
Kereta Baru

BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800

BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.

20-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025
Berita Auto

Ini Yang Menarik Di MY BMW World 2025 – Mula Esok, 13 Hingga 15 Jun

Setelah sedekad berlalu sejak pertama kali dianjurkan, MY BMW World kini kembali menghangatkan dunia automotif tempatan bagi tahun 2025.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW X3 20 xDrive M Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM349,000

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW X3 20 xDrive M Sport yang memperlihatkan reka bentuk yang lebih gah daripada biasa. Ini perinciannya...

12-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

VW Golf 1.5 eTSI R-Line 2026 Kini Di Pasaran – Dari RM179,990 Untuk Pembeli Terawal

Setelah sekian lama dinantikan sejak sesi pratonton pada November 2025, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi mengumumkan harga jualan bagi model Volkswagen Golf 1.5 eTSI R-Line 2026.

06-02-2026
Berita Auto

Penjimatan Pas MY50 Dilancar, Hanya Bayar RM50, Selebihnya Kerajaan Tanggung

Kos sebenar bagi seorang pengguna My50 adalah sekitar RM150 sebulan, jadi pengguna hanya membayar RM50 manakala kerajaan menampung RM100 setiap bulan.

06-02-2026
Berita Auto

Selepas Beberapa Kali Tertangguh, LRT3 Akhirnya Bakal Beroperasi Jun Ini

Projek LRT3 bagi laluan Shah Alam dijangka akan memulakan operasinya pada bulan Jun ini.

06-02-2026
Berita Auto

Musim Perayaan, Ini Tarikh Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya

Kenapa kenderaan barangan diharamkan berada di jalan raya sempena musim perayaan?

05-02-2026
Berita Auto

Kempen #MacamBaharu: Puspakom Perluas Rangkaian, Tingkat Kapasiti, Guna AI

Puspakom kini sedang giat melaksanakan pelan transformasi untuk menaik taraf dan memperluaskan rangkaian pemeriksaan kenderaan di seluruh negara.

05-02-2026
Berita Auto

Lagi Nahas Lebuhraya PLUS, 1 Bas Ekspres, 2 Lori, Salam Takziah

Seorang pemandu lori maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di (PLUS) arah Selatan, di Hulu Selangor.

05-02-2026
Berita Auto

Harap Maklum, Harga Diesel Naik Hari Ini

Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter.

05-02-2026
Berita Auto

Penjual Roti Bergerak Disaman Atas Pelbagai Saman Termasuk Ubah Suai Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor mengeluarkan saman ke atas seorang penjual roti bergerak atas pelbagai kesalahan di Jalan Sungai Keramat, Klang semalam.

04-02-2026