Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tambang Komuter Percuma 2 Hari Sempena Thaipusam

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan komuter percuma di Lembah Klang selama dua hari sempena sambutan Thaipusam pada 31 Januari dan 1 Februari depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata selain inisiatif yang akan membabitkan kos hampir RM1 juta itu, KTMB akan itu turut mengendalikan operasi khas 24 jam tanpa henti selama empat hari bermula Ahad ini.

"Perkhidmatan percuma itu disediakan selama 48 jam bermula 12 tengah malam 31 Januari (Sabtu) ini hingga 11.59 malam 1 Februari (Ahad), dengan mekanisme imbasan keluar melalui pintu automatik (ACG).

"Jadi, bagi tempoh dua hari ini, kita menjangkakan kapasiti penuh penumpang dengan unjuran sehingga 450,000 orang akan menggunakan perkhidmatan komuter untuk berulang alik Batu Caves," katanya pada sidang media di KL Sentral.

image.png

Mengulas operasi tanpa henti selama empat bermula Ahad ini, Loke berkata inisiatif ini dijangka memanfaatkan sehingga 700,000 pengguna dengan jumlah keseluruhan 609 perjalanan sepanjang tempoh sambutan berkenaan.

"Perkhidmatan tren tambahan ini akan bermula selepas tren terakhir pada setiap hari, dengan waktu perkhidmatan seawal jam 9.15 malam bagi laluan dari Stesen Pulau Sebang ke Batu Caves, dan seawal jam 10.25 malam bagi tren dari Stesen Pelabuhan Klang ke Batu Caves," katanya.

Bagi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), beliau berkata, akan ditambah dengan lapan perkhidmatan tren tambahan disediakan bermula 29 Januari hingga 3 Februari ini.

"Penambahan itu melibatkan empat laluan utama iaitu JB Sentral–Butterworth–Ipoh–KL Sentral, masing-masing dengan dua perjalanan.

"Bagi tempoh itu, sebanyak 10,080 tiket akan ditawarkan kepada penumpang dengan jualan tiket dijadualkan bermula pada 26 Januari," katanya.

Loke berkata, Prasarana Malaysia Berhad melalui RapidKL dan RapidPenang turut menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata, sebanyak 30 bas dari Hab Bandar Pasar Seni, LRT Gombak dan MRT Kampung Batu ke Batu Caves dengan frekuensi setiap 10 minit.

Bagi pengguna di Pulau Pinang, katanya, RapidPenang menyediakan 12 bas dengan kekerapan antara 20 hingga 60 minit dari Jeti perkhidmatan feri ke Adventist.

"Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd akan menawarkan perkhidmatan feri percuma pada 31 Januari sehingga 2 Februari (53 jam), dengan lanjutan perkhidmatan sehingga jam 3 pagi pada 2 Februari.

"Pengendali BAS.MY juga akan sediakan perkhidmatan tambahan secara percuma di sekitar Johor Bahru, Seremban, Ipoh, Kota Setar dan Sungai Petani bertujuan memudahkan penganut agama hindu ke lokasi perayaan di kuil berdekatan," katanya.

Gallery

Tag:

ktmb
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Musim Perayaan: ETS Beroperasi 24 Jam, Ada Sebabnya

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan beroperasi 24 jam pada musim perayaan bermula pada Tahun Baharu Cina.

29-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

Banjir: KTMB Mula Batal Tren Ke Pantai Timur

Tren terjejas akibat banjir dan tanah mendap di beberapa kawasan.

29-11-2024
Berita Auto

Tu Dia, Pengantin Berani Mati Demi Gambar Kahwin Paling RARE

KTMB menyifatkan tindakan pengantin yang menceroboh landasan kereta api boleh didenda RM500.

07-08-2024
Berita Auto

KTMB Tawar Tambang Percuma Bermula Esok!

Ada berita baik untuk orang Ipoh, jom jalan-jalan ke utara dengan komuter percuma.

15-09-2023
Berita Auto

Boleh Bawa Basikal Naik Komuter

Penggemar aktiviti berbasikal kini boleh meneroka laluan menarik melalui perkhidmatan tren KTM Komuter.

15-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026