Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan  Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.

Tertera kapsyen "A sneak peek at our next chapter. JAECOO J5. Coming soon.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, Omoda | Jaecoo Malaysia telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbaharunya itu.

Berdasarkan video ringkas itu, ia menayangkan bahagian luaran dan dalamannya dimana hakikatnya ia kelihatan agak mewah dan moden.

image.png

Ia dilihat mengekalkan DNA rekaan ‘kotak’ elegan yang sama dengan Jaecoo J7 namun dengan sedikit perbezaan seperti pemegang pintu jenis konvensional (bukannya jenis pop-out rata seperti pada J7).

Jaecoo J5 juga kelihatan lebih tampan disebabkan grilnya yang menegak selain dipadankan dengan lampu LED nipis.

Difahamkan,  J5 memiliki kepanjangan standard bagi model segmen B pada 4,380 mm, dari segi kelebaran, ia berukuran 1,860 mm, yang membuatkannya kelihatan gah di jalan raya. Untuk jarak antara rodanya, model ini berukuran panjang 2,620 mm, iaitu 10 mm lebih panjang daripada HR-V dan 20 mm lebih daripada X50. 

image.png

Mengenai trenkuasanya, ia menggunakan petrol 1.5 liter 4 silinder turbo dengan output 147 PS dan tork 210 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi automatik CVT.

Terdahulu, Carz.com ada berkongsi laporan mengenai ciri keselamatan Jaecoo J5 yang menyatakan bahawa ia hadir dengan  pakej teknologi keselamatan termaju (ADAS) lengkap yang menyokong pemanduan separa autonomi Tahap 2.5.

Malangnya mengenai anggaran harga, ia masih menjadi tanda soal!

Namun, jika kita melihat strategi harga yang digunakan bagi model-model seperti J7 dan J8 sebelum ini yang agak kompetitif berbanding pesaing masing-masing seperti  Proton X50 (Executive): Dari RM85,800, Chery Tiggo Cross (1.5T): RM88,800 dan Honda HR-V (S): Dari RM115,900.

Apapun di sebalik video teaser ini, ia sudah memberi bayangan bahawa Jaecoo J5 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

Gallery

Tag:

OMODA JAECOO
Jaecoo Malaysia
Jaecoo J5 SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

PUSAT 3S OMODA | JAECOO Dibuka Di Selayang

OMODA | JAECOO Buka Pusat 3S Serba Moden di Selayang.

06-07-2026
Berita Auto

OMODA | JAECOO Malaysia Rekod Jualan 30,000 Unit Sejak Julai 2024

Pencapaian OMODA | JAECOO 2026: 30,000 Unit Terjual Di Malaysia.

11-05-2026
Kereta Baru

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026
Berita Auto

Nak Raya Cina, OMODA & JAECOO Malaysia Tawar Ang Pow Hingga RM18,888

Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (CNY), OMODA & JAECOO Malaysia memulakan tahun 2026 menawarkan Ang Pow rebat untuk seluruh barisan model di bawah naungannya.

15-01-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Boleh Ditempah, Anggaran Dari RM120K – Mewah Tapi 'Murah'

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia memulakan tahun 2026 dengan langkah kanan. Selepas mencatatkan prestasi jualan luar biasa pada tahun lalu, tumpuan kini beralih sepenuhnya kepada ‘adik’ model J7, Jaecoo J5.

13-01-2026
Teknologi

SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa

SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.

26-11-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.

23-10-2025
Global

Omoda 4 Ultra Dipertontonkan – Model Omoda | Jaecoo Paling Sporty Setakat Ini?

Omoda 4 Ultra telah membuat penampilan sulungnya di peringkat global semasa acara automotif besar-besaran Omoda & Jaecoo International User Summit 2025.

21-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026