Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Xpeng G6 RWD Muncul Dalam Versi Marhaen – Standard Range, Lancar Jan 14

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Xpeng-G6-RWD-SR-MYTeaser-1.jpg


Dalam diam, Xpeng Malaysia telah mengemaskini laman web rasminya dengan kemasukan varian asas terbaru bagi SUV elektrik Xpeng G6 RWD yang kini muncul dalam versi Standard Range (SR).


Pengenalan varian ini dilihat sebagai salah satu strategi Xpeng untuk kekal kompetitif dalam segmen SUV elektrik, memberikan lebih pilihan kepada pengguna yang mahukan teknologi canggih pada harga yang lebih mesra poket.


Apakah Perbezaan Prestasi Varian Standard Range Ini?


web_MBA_CariCarz_2025-Xpeng-G6-Facelift-Launch_-3.jpg


Berbanding ‘abangnya’, varian Long Range (LR), Xpeng G6 RWD SR hadir dengan konfigurasi motor tunggal di gandar belakang yang lebih ‘jinak’, dengan output kuasa 248 hp (185 kW) dan tork 440 Nm. Sebagai perbandingan, varian RWD LR Pro mempunyai kuasa yang lebih tinggi iaitu 292 hp.


Walaupun angka rasmi 0-100 km/j belum didedahkan, ramai menjangkakan ia mungkin sedikit perlahan berbanding catatan 6.7 saat yang dimiliki oleh varian LR Pro.


Bagaimana Pula Dengan Kapasiti Bateri Dan Jarak Geraknya?


web_MBA_CariCarz_2025-Xpeng-G6-Facelift-Launch_-13.jpgweb_MBA_CariCarz_2025-Xpeng-G6-Facelift-Launch_-15.jpg


Perbezaan paling ketara antara kedua-dua varian ini terletak pada kapasiti baterinya. Varian Standard Range ini dibekalkan dengan unit bateri LFP 68.5 kWj, lebih kecil berbanding unit LFP 80.0 kWj yang digunakan pada model Long Range.


Walaupun jarak gerak rasmi mengikut kitaran WLTP belum diumumkan oleh Xpeng Malaysia, kita boleh menjangkakan angkanya adalah lebih rendah berbanding 525 km (jarak perjalanan bagi LR Pro). Namun, bagi kegunaan harian dalam bandar, kapasiti ini biasanya sudah lebih daripada mencukupi.


Adakah Reka Bentuk Luarannya Berbeza?


Memandangkan ini adalah model facelift, G6 RWD SR dijangka mengekalkan estetik futuristik yang sama dengan siri G6 yang lain. Garis badan yang aerodinamik serta rekaan minimalis tetap menjadi tunjang utama model ini, menjadikannya antara SUV elektrik paling ‘kacak’ di jalan raya Malaysia.


Bilakah Tarikh Rasmi Pelancarannya Di Malaysia?


Xpeng-G6-RWD-SR-MYTeaser-2.jpg


Xpeng Malaysia telah mengesahkan melalui laman media sosial rasmi mereka bahawa Xpeng G6 RWD Standard Range akan membuat penampilan sulung di pasaran tempatan pada 14 Januari 2026. 

Juga Menarik: Xpeng G6 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian

Tag:

Xpeng
Xpeng G6
Xpeng G6 Facelift
Xpeng G6 RWD Standard Range
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

12-01-2026
EV

09-01-2026
Pandu Uji

07-01-2026
EV

06-01-2026
EV

02-01-2026
EV

23-12-2025
EV

11-11-2025
EV

10-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Xpeng G6 RWD Muncul Dalam Versi Marhaen – Standard Range, Lancar Jan 14

Xpeng Malaysia telah mengemaskini laman web rasminya dengan kemasukan varian asas terbaru bagi SUV elektrik Xpeng G6 RWD yang kini muncul dalam versi Standard Range (SR).

12-01-2026
Kereta Baru

Toyota Vellfire HEV 2026 Boleh Ditempah – Mewah Tapi Menjimatkan, Dari RM549K

Tempahan bagi model Toyota Vellfire HEV 2026 kini dibuka secara rasmi untuk pasaran tempatan.

12-01-2026
Kereta Baru

Butiran Proton e.MAS 7 PHEV Didedahkan, Ada 3 Varian, Jarak Gerak 1,065KM

Spesifikasi terperinci bagi Proton e.MAS 7 PHEV yang akan datang telah pun didedahkan.

12-01-2026
Kereta Baru

Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?

Tidak sampai sebulan selepas syarikat jualan nasional (NSC) baharu ditubuhkan, Kia Sales Malaysia (KSM) nampaknya sudah bersedia untuk ‘menggegarkan’ pasaran tempatan.

09-01-2026
Kereta Baru

Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!

Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.

08-01-2026
Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Kereta Baru

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026