Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

30 Minit Jadi 2 Jam! Pekerja Swasta Berhak Mohon Kerja Dari Rumah – Menteri

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Menteri-Sumber-Manusia-Datuk-Seri-R-Ramanan.png


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan (Foto: BERNAMA)


Kerajaan baru-baru ini mengingatkan bahawa setiap pekerja sektor swasta mempunyai hak untuk memohon Aturan Kerja Fleksibel (AKF) daripada majikan masing-masing.


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, menjelaskan bahawa langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menjaga kebajikan pekerja serta memupuk budaya work-life balance yang lebih sihat di Malaysia.


Mengapa AKF Jadi Satu Keperluan Sekarang?


Untitled-design---2026-02-12T102253.981.jpg


Isu ini kembali hangat susulan trend syarikat yang mula mewajibkan kakitangan kembali ke pejabat sepenuhnya pada tahun 2026. Namun, isu kesesakan trafik yang semakin meruncing di bandar-bandar besar kini menjadi "beban mental" tambahan buat pekerja:

  • Trafik 'Luar Biasa' di Lembah Klang: Tular laporan mengenai kesesakan melampau yang menyaksikan perjalanan biasa 30 minit kini melonjak sehingga hampir dua jam. Fenomena trafik luar biasa ini bukan sahaja meletihkan fizikal, malah membazirkan masa produktif pekerja di jalan raya.
  • Kesihatan Mental: Mengurangkan keperluan berulang-alik bukan sahaja menjimatkan kos petrol, malah mengurangkan stres kronik akibat kesesakan lalu lintas yang kini dianggap semakin tidak menentu.

Apakah Itu Aturan Kerja Fleksibel (AKF)? 


Inisiatif AKF bukanlah sekadar saranan ‘kosong’, tetapi ia disokong oleh undang-undang yang sah:

  • Pindaan Undang-Undang: Inisiatif ini dilaksanakan melalui pindaan Akta Kerja 1955 (sejak Januari 2023) serta Ordinan Buruh bagi Sarawak dan Sabah yang bermula 1 Mei 2025.
  • Tiga Pilihan Fleksibiliti: Pekerja boleh memohon perubahan dalam tiga aspek utama, meliputi  perubahan waktu kerja, perubahan hari bekerja atau perubahan tempat bekerja. 

Apakah Yang Perlu Dipertimbangkan Dalam Permohonan AKF?


Walaupun pintu permohonan dibuka luas, ia tetap mempunyai prosedur tertentu bagi memastikan operasi syarikat tidak terjejas:

  • Tertakluk Syarat Perkhidmatan: Permohonan mestilah mengambil kira tempoh masa kerja, hari rehat dan hari kelepasan am yang telah dipersetujui.
  • Persetujuan Bersama: Datuk Seri Ramanan menekankan bahawa pelaksanaannya bergantung kepada kesesuaian sektor dan jenis pekerjaan. Paling penting, perlu ada kata sepakat atau persetujuan antara majikan dan pekerja.

Pihak kementerian telah menyediakan garis panduan terperinci untuk rujukan majikan, pekerja dan kesatuan sekerja bagi mengelakkan kekeliruan.


Sejauh Mana Keberkesanan AKF Setakat Ini?


Trafik-Sesak.png


Perasan tak, kesesakan trafik semakin menjadi-jadi? (Foto: BERNAMA)


Data menunjukkan bahawa budaya kerja moden ini semakin diterima oleh pemain industri di Malaysia. Setakat tahun 2025, sebanyak 2,460 organisasi telah mengamalkan inisiatif ini, yang memberi manfaat secara langsung kepada kira-kira 474,400 pekerja. Kerajaan turut memberikan insentif kepada syarikat yang menyokong AKF. 


Melalui Belanjawan 2025, majikan yang melabur dalam perisian atau pembangunan kapasiti berkaitan kerja fleksibel layak mendapat potongan cukai tambahan sebanyak 50%.

Sumber: The Sun | BH | Astro Awani

Tag:

Aturan Kerja Fleksibel (AKF)
AKF
Menteri Sumber Manusia
Work-life balance
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto
Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026
Berita Auto
Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS

Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS

Isu 'mengantuk sesaat' atau microsleep bukan perkara remeh. Di Malaysia, fenomena ini dikenal pasti sebagai punca utama kepada kira-kira 20% kemalangan jalan raya yang dilaporkan setiap tahun, termasuk kes-kes yang meragut nyawa.

24-02-2026
Berita Auto
LRT3 Bakal Beroperasi Sebelum Jun Ini

LRT3 Bakal Beroperasi Sebelum Jun Ini

LRT3 yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya dijangka beroperasi sebelum Jun ini,

23-02-2026
Berita Auto
Penangguhan Sementara Fungsi Bayaran Balik Menerusi GiCheck, - Puspakom

Penangguhan Sementara Fungsi Bayaran Balik Menerusi GiCheck, - Puspakom

Pusapakom mengesahkan bahawa pihaknya menangguhkan sementara fungsi bayaran balik menerusi aplikasi GiCheck, bermula dari hari ini hingga 8 Mac 2026.

23-02-2026
Berita Auto
Chery Bakal Lancar 4 Model, Bilik Pameran Chery Kini Pula Bercirikan Gen 4

Chery Bakal Lancar 4 Model, Bilik Pameran Chery Kini Pula Bercirikan Gen 4

Chery Malaysia akan melancarkan sekurang-kurangnya empat model terbaharunya pada tahun ini.

23-02-2026
Berita Auto
Geng Motor Baling Mercun, Serang Anggota JPJ Semasa Operasi

Geng Motor Baling Mercun, Serang Anggota JPJ Semasa Operasi

Kejadian melampau berlaku baru-baru ini apabila sekumpulan individu yang dipercayai penunggang motosikal bertindak luar kawalan dengan menyerang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan mercun.

23-02-2026
Berita Auto
Cuti Raya Cina, Sekolah Bakal Berakhir, WCE Jangka 160,000 Kenderaan  Sehari

Cuti Raya Cina, Sekolah Bakal Berakhir, WCE Jangka 160,000 Kenderaan Sehari

Pihak Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal memandangkan lebih 160,000 kenderaan diunjurkan sehari mulai Sabtu ini.

20-02-2026