Link Copiedcheck_circle
Tips

Berapa Kali Tekan Push Start Button? Ini Penjelasan PERODUA

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mungkin ada segelintir pemandu yang masih  menekan butang Push Start beberapa kali dengan harapan tindakan itu dikatakan mampu memelihara kesihatan enjin namun Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)  tampil memberi penjelasan berhubung amalan tersebut di halaman Facebook rasminya, semalam.

Menerusi satu gambar yang dikongsikan di Facebook Perodua , pihak syarikat menjelaskan mengajukan soalan:

Ramai yang ingat perlu tekan Push Start Button lebih dari sekali. Nak tahu betul ke tidak? Jom tengok jawapan di ruangan komen," tulisnya.

image.png

Tertera gambar butang enjin Start STop, 1X atau 2X?

Menjengah ruangan komen, ada yang mengakui menekan butang itu hampir, 2, 3 kali.

"Saya tekan 3X bila nak cepat drive," kata Freddie.

Seorang lagi pula berkata:

"Kalau saya tekan  3x, macam kunci juga 3 step, aku tak kisah orang nak kata apa, kereta saya, ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook pula meninggalkan komen:

"Betul la tu tekan sekali ja, Estima aku elok ja lagi dari 2007 smpai 2026, dah 19 tahun TAK pernah rosak pUn lagi push start button dia, geng terpaling tekan 3 kali tak boleh terima kenyataan," tulisnya.

Nampaknya, masih ramai yang was-was mengenai menghidupkan enjin dengan menekan butang berkenaan.

Malah sebelum ini juga pernah ada yang berkongsi tips cara yang betul untuk menghidupkan enjin menggunakan butang Push Start adalah dengan menekan sebanyak 3 kali seperti berikut:

  • Tekan butang Push Start tanpa menekan brek untuk membuka kunci stereng
  • Tekan butang Push Start sekali lagi bagi menghidupkan aksesori elektronik di dalam kereta
  • Pijak brek dan tekan butang Push Start sekali lagi untuk menghidupkan enjin

image.png

Maka, tidak hairanlah mengapa masih yang tidak mengikut cara yang betul.

Sebaliknya, Perodua tampil memberi penjelasan yang ringkas:

"Jawapannya, tekan sekali je dah cukup, Brek +Enjin Start = Enjin Hidup," tulis Perodua di ruangan komen berkenaan.

Setakat ini, post berkenaan menerima 484 likes, 210 komen dan 248 shares.

Diharapkan tips yang dikongsikan Perodua ini menjadi ikhtibar kepada semua pemilik kereta yang menggunakan kereta yang dilengkapi dengan butang Push Start Enjin.


Gallery

Tag:

Push Start Button
Perodua
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!

28-07-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026

Berita Terkini

Tips

Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur

Memandu Dalam Jerebu: 5 Langkah Keselamatan Penting.

26-08-2026
Tips

Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?

Tiba-Tiba Mat Rempit 'Block' Jalan? Ini Hak Anda Sebagai Pemandu & Kenapa Kena Segera Call PDRM.

23-08-2026
Tips

EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?

EV Terbakar? Ini Tips Cas EV Di Rumah Dengan Selamat.

17-08-2026
Tips

Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu

Makin moden, makin manja, kenapa kereta sekarang tak sejantan macam kereta dulu?

05-08-2026
Tips

"Kenapa Penumpang Kerap Pening & Loya Dalam Kereta EV?

Sakit Kepala Lepas Naik Kereta EV? Netizen Kaitkan Dengan ‘Regen Braking?

05-08-2026
Tips

Tiba-Tiba Banjir di KL: 5 Kesilapan Ini Boleh 'Bunuh' Enjin Kereta Anda Dalam 15 Minit

Lembah Klang Hujan Lebat? Ini 5 Tips Penting Pemandu KL Elak Kereta Tenggelam Banjir

21-07-2026