Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Boleh Tahan, 1 Jam Isi RON97 40 Tong Jerikin

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang penyeludup tidak sempat meraih keuntungan hasil jualan sebanyak 40 tong jerikin berisi 1,100 liter petrol RON97 selepas dicekup semasa sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, suspek berusia dalam lingkungan 30-an memandu dan memandu sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback ditahan kira-kira pukul 5.45 pagi tadi.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai sudah sejam mengisi minyak ke dalam 40 buah tong jerikin di stesen minyak tersebut sebelum diberkas anggota penguat kuasa KPDN.

“Siasatan lanjut mendapati, suspek dipercayai bersekongkol dengan pemilik stesen minyak itu untuk mengisi minyak RON97 untuk diseludup ke negara jiran.

“Modus operandi yang digunakan suspek adalah menjalankan pengisian minyak pada awal pagi lebih-lebih lagi pada waktu subuh bagi mengelakkan kegiatan tersebut dikesan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat operasi sebuah stesen minyak di sini hari ini.

Azman memberitahu, siasatan lanjut mendapati, kesemua petrol RON97 yang diisi ke dalam tong jerikin itu dianggarkan bernilai RM2,540.

Menurutnya, meskipun petrol RON97 bukan merupakan komoditi bersubsidi, bahan tersebut tetap tidak boleh sewenang-wenangnya diseludup ke negara jiran.

Tambahnya, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO ONLINE

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Raba Penumpang, Lesen Pemandu Grab Dibatalkan

Raba Penumpang, Lesen Pemandu Grab Dibatalkan

Loke telah mengarahkan JPJ membatalkan lesen pemandu Grab terbabit.

03-02-2026
Berita Auto
Mitsubishi Xforce Dipasang Di Pekan, 800 Unit Dijangka Dihantar  Pada April Ini

Mitsubishi Xforce Dipasang Di Pekan, 800 Unit Dijangka Dihantar Pada April Ini

Pengeluaran Mitsubishi Xforce sudah pun dijalankan secara besar-besaran di kilang pemasangannya yang terletak di Pekan, Pahang.

03-02-2026
Berita Auto
Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial

Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial

Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

03-02-2026
Berita Auto
Tahniah, Petronas Buka Lebih 60 Stesen Minyak Di Brazil

Tahniah, Petronas Buka Lebih 60 Stesen Minyak Di Brazil

PETRONAS telah membuka lebih 60 stesen minyak berjenama PETRONAS di Brazil, sekali gus terus mengukuhkan jenama Malaysia di persada antarabangsa.

03-02-2026
Berita Auto
Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto
Sasaran Tahun Ini: Proton Hasrat Jual 200,000 Unit Kenderaan

Sasaran Tahun Ini: Proton Hasrat Jual 200,000 Unit Kenderaan

Proton meletakkan sasaran jualan sebanyak 200,000 unit pada tahun ini.

02-02-2026
Berita Auto
China 'Gila Kuasa'! Lebih 20 Juta Pengecas EV Disediakan, Sasar 28 Juta Lagi

China 'Gila Kuasa'! Lebih 20 Juta Pengecas EV Disediakan, Sasar 28 Juta Lagi

Kelajuan China dalam membina infrastruktur kenderaan elektrik (EV) sukar dicabar oleh mana-mana pasaran dunia.

02-02-2026
Berita Auto
Durian Runtuh: Neta V Semurah RM39,999

Durian Runtuh: Neta V Semurah RM39,999

Neta V kini dijual pada harga RM39,999.

02-02-2026