Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Boleh Tahan, 1 Jam Isi RON97 40 Tong Jerikin

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang penyeludup tidak sempat meraih keuntungan hasil jualan sebanyak 40 tong jerikin berisi 1,100 liter petrol RON97 selepas dicekup semasa sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, suspek berusia dalam lingkungan 30-an memandu dan memandu sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback ditahan kira-kira pukul 5.45 pagi tadi.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai sudah sejam mengisi minyak ke dalam 40 buah tong jerikin di stesen minyak tersebut sebelum diberkas anggota penguat kuasa KPDN.

“Siasatan lanjut mendapati, suspek dipercayai bersekongkol dengan pemilik stesen minyak itu untuk mengisi minyak RON97 untuk diseludup ke negara jiran.

“Modus operandi yang digunakan suspek adalah menjalankan pengisian minyak pada awal pagi lebih-lebih lagi pada waktu subuh bagi mengelakkan kegiatan tersebut dikesan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat operasi sebuah stesen minyak di sini hari ini.

Azman memberitahu, siasatan lanjut mendapati, kesemua petrol RON97 yang diisi ke dalam tong jerikin itu dianggarkan bernilai RM2,540.

Menurutnya, meskipun petrol RON97 bukan merupakan komoditi bersubsidi, bahan tersebut tetap tidak boleh sewenang-wenangnya diseludup ke negara jiran.

Tambahnya, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO ONLINE

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto