Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

Seperti mana model Omoda dan Jaecoo lain, model PHEV ini juga akan dipasang secara tempatan di kilang Chery Corporate Malaysia di Shah Alam.

WhatsApp-Image-2026-02-06-at-19.58.15.jpeg

Apa yang menarik, bagi pelanggan terawal mereka akan ditawarkan dengan OMODA C9 PHEV Rebat Angpow CNY + Kabel V2L Percuma RM4,618.

Melihat luarannya, Omoda C9 PHEV secara kasarnya kelihatan sama sahaja dengan versi petrol. Bentuk badannya kekal sporty dengan gaya SUV coupe. Tetapi bila diamati dengan terperinci, antara perbezaan yang dapat dilihat ialah kehadiran port pengecas pada panel belakang di sebelah kiri jentera serta logo PHEV pada pintu but. 

Mengenai kabinnya,  susun atur C9 PHEV sama seperti versi enjin petrol. Antara ciri yang sama ialah dwi-skrin yang menempatkan kedua-dua sistem infotainmen dan digital Panel kawalan menggunakan skrin berkembar untuk sistem hiburan dan kluster meter digital. Sistem infotainmen disempurnakan oleh sistem audio Sony. 

Sebagai versi PHEV, model ini menggunakan Super Hybrid System yang dibangunkan sendiri oleh Omoda & Jaecoo. Walaupun masih menawarkan enjin 1.5 liter 4 silinder turbo kitaran Miller seperti J7 PHEV, C9 PHEV dilengkapkan dengan tiga motor elektrik yang menghasilkan 605 ps dan tork 915 Nm, kuasa tertinggi setakat ini dalam barisan jentera Omoda & Jaecoo.

Kuasa tinggi ini membolehkan C9 PHEV memecut 0-100 km/j hanya dalam masa 4.9 saat. Dalam masa yang sama, menurut Omoda & Jaecoo, kadar penggunaan bahan apinya juga rendah iaitu hanya sekitar 1.7 liter bagi setiap 100 km, 

C9 PHEV dilengkapi bateri jenis LFP berkapasiti 34.46 kWj yang membenarkan pemanduan elektrik sejauh 150 km. Jarak keseluruhan mencapai lebih 1,100 km. Seperti PHEV lain moden, ia menyokong pengecasan DC pada kadar 70 kW dan pengecasan AC 6.6 kW.HH

Tag:

Omoda C9 Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

06-08-2025
Kereta Baru
Omoda C9 Masuk M'sia Disember Ini, Harga Anggaran RM185K

Omoda C9 Masuk M'sia Disember Ini, Harga Anggaran RM185K

Omoda C9 yang dipasang secaran tempatan (CKD) akan hadir dalam dua varian: AWD dan 2WD.

06-11-2024
Kereta Baru
SUV Coupe Premium, Omoda C9 Dipertontonkan di M’sia - Lancar Disember Ini, Dari RM185,000

SUV Coupe Premium, Omoda C9 Dipertontonkan di M’sia - Lancar Disember Ini, Dari RM185,000

Jaecoo Malaysia telah mempertontonkan Omoda C9 yang dijadualkan untuk dilancarkan di Malaysia pada Disember 2024 nanti. Ini spesifikasi terperincinya...

24-09-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026