Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan tren beroperasi mengikut kekerapan waktu puncak yang dijadualkan, dan tiada keadaan kesesakan luar biasa diperhatikan di stesen atau di dalam tren.

"Kami mengambil maklum bahawa terdapat rujukan kepada kemas kini khidmat pelanggan Rapid KL di media sosial berkenaan beberapa tren yang dikeluarkandaripada perkhidmatan.

"Kemas kini tersebut adalah sebahagian daripada usaha ketelusan proaktif pihak operator untuk memastikan penumpang sentiasa dimaklumkan mengenai pelarasan operasi secara masa nyata," katanya.

Menurut kenyataan itu, tren yang dikeluarkan daripada perkhidmatan merupakan prosedur operasi dan keselamatan standard.

"Tren mungkin dikeluarkan sementara bagi tujuan pembaikan kecil, termasuk isu prestasi penyaman udara atau sistem lain di dalam tren. Langkah ini diambil bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan kualiti perkhidmatan kepada penumpang sentiasa terpelihara.

"Yang penting, apabila sesebuah tren dikeluarkan daripada perkhidmatan, Rapid Rail akan melaksanakan langkah mitigasi termasuk menggerakkan tren gantian sekiranya perlu. Ini memastikan selang masa (headway) kekal pada kekerapan waktu puncak dan kebolehpercayaan perkhidmatan tidak terjejas," jelasnya.

Sehubungan itu, Rapid Rail menegaskan bahawa ketelusan operasi tidak seharusnya ditafsirkan sebagai gangguan perkhidmatan.

"Sebagai pengendali perkhidmatan rel di bawah jenama Rapid KL, kami komited untuk memastikan operasi yang selamat, boleh dipercayai dan cekap, selain menyalurkan maklumat tepat melalui saluran komunikasi rasmi kam

Gallery

Tag:

Rapid Rail
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Rapid Rail Lakukan Pra Pemeriksaan Di MRT Laluan Putrajaya

Rapid Rail Lakukan Pra Pemeriksaan Di MRT Laluan Putrajaya

Mulai hari ini, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan menjalankan pra-pemeriksaan perakuan BOMBA di beberapa stesen Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya.

01-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026