- Berita
- Berita Auto
- Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!
Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.
Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan tren beroperasi mengikut kekerapan waktu puncak yang dijadualkan, dan tiada keadaan kesesakan luar biasa diperhatikan di stesen atau di dalam tren.
"Kami mengambil maklum bahawa terdapat rujukan kepada kemas kini khidmat pelanggan Rapid KL di media sosial berkenaan beberapa tren yang dikeluarkandaripada perkhidmatan.
"Kemas kini tersebut adalah sebahagian daripada usaha ketelusan proaktif pihak operator untuk memastikan penumpang sentiasa dimaklumkan mengenai pelarasan operasi secara masa nyata," katanya.
Menurut kenyataan itu, tren yang dikeluarkan daripada perkhidmatan merupakan prosedur operasi dan keselamatan standard.
"Tren mungkin dikeluarkan sementara bagi tujuan pembaikan kecil, termasuk isu prestasi penyaman udara atau sistem lain di dalam tren. Langkah ini diambil bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan kualiti perkhidmatan kepada penumpang sentiasa terpelihara.
"Yang penting, apabila sesebuah tren dikeluarkan daripada perkhidmatan, Rapid Rail akan melaksanakan langkah mitigasi termasuk menggerakkan tren gantian sekiranya perlu. Ini memastikan selang masa (headway) kekal pada kekerapan waktu puncak dan kebolehpercayaan perkhidmatan tidak terjejas," jelasnya.
Sehubungan itu, Rapid Rail menegaskan bahawa ketelusan operasi tidak seharusnya ditafsirkan sebagai gangguan perkhidmatan.
"Sebagai pengendali perkhidmatan rel di bawah jenama Rapid KL, kami komited untuk memastikan operasi yang selamat, boleh dipercayai dan cekap, selain menyalurkan maklumat tepat melalui saluran komunikasi rasmi kam
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/