Link Copiedcheck_circle
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2027-Toyota-Highlander-EV-US-16.jpg


Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara. Nama yang cukup ikonik ini kini memasuki era baharu tanpa setitik pun petrol, menjadikannya kenderaan elektrik (EV) Toyota pertama yang dipasang sepenuhnya di bumi Amerika Syarikat (AS).


Dibangunkan berasaskan model konsep SUV bersaiz besar, bZ, Highlander EV tampil dengan rupa paras yang hampir sama dengan kembarnya yang diberikan sentuhan radikal. 


Bagaimanakah Rekaan Toyota Highlander EV?


2027-Toyota-Highlander-EV-US-18.jpg2027-Toyota-Highlander-EV-US-17.jpg


Antara perubahan ketara yang diberikan pada Highlander EV ini ialah wajah 'Hammerhead' Toyota yang terkini,  lengkap dengan lampu nyalaan siang (DRL) yang halus dan gril depan jenis tertutup sepenuhnya.


2027-Toyota-Highlander-EV-US-32.jpg2027-Toyota-Highlander-EV-US-30.jpg


Memandangkan model ini merupakan sebuah EV, selain gril jenis tertutup, ia hadir dengan pemegang pintu jenis terbenam (flushed) untuk mengurangkan rintangan angin.


2027-Toyota-Highlander-EV-US-20.jpg


Dari segi ukuran, model baharu ini kini lebih panjang dan lebar, memberikan bayangan ruang kabin yang jauh lebih luas berbanding model lama. Ukurannya kini 5,050 mm panjang, 1,989 mm lebar, dan 1,709 mm tinggi dengan jarak roda 3,050 mm.


Adakah Ruang Dalamannya Mesra Keluarga?


2027-Toyota-Highlander-EV-US-1.jpg2027-Toyota-Highlander-EV-US-13.jpg2027-Toyota-Highlander-EV-US-15.jpg


Highlander EV tetap mengekalkan konfigurasi tiga baris tempat duduk yang menjadi identitinya. Tidak seperti SUV tujuh tempat duduk lain yang barisan ketiganya sempit, Toyota mendakwa barisan tempat duduk ketiga Highlander EV mampu memuatkan dua orang dewasa dengan selesa.


2027-Toyota-Highlander-EV-US-5.jpg2027-Toyota-Highlander-EV-US-7.jpg2027-Toyota-Highlander-EV-US-8.jpg


Ia juga disematkan dengan teknologi canggih bersesuaian dengan statusnya sebagai sebuah model elektrik. Di tengah-tengah papan pemuka terdapat skrin infotainmen gergasi 14 inci. Di sebalik stereng pula terdapat kluster instrumen digital 12.3 inci.


2027-Toyota-Highlander-EV-US-11.jpg2027-Toyota-Highlander-EV-US-4.jpg


Setiap baris tempat duduk dilengkapi dengan corong penyaman udara dan port USB C sendiri, selain bumbung kaca panoramik yang luas. 


Ruang kargo kenderaan ini juga agak memuaskan, di mana Toyota mendakwa ruang but sebesar 450 liter tersedia walaupun dengan semua tempat duduk ditegakkan, dan ia boleh dibesarkan lagi sehingga 1,292 liter jika tempat duduk baris ketiga dilipat.


Berapa Jauh SUV Gergasi Ini Boleh Bergerak?


Toyota menawarkan dua gred utama, iaitu XLE dan Limited. Varian XLE hadir dengan pilihan pacuan roda hadapan (FWD) atau pacuan semua roda (AWD). Manakala bagi gred Limited, ia dilengkapi sistem AWD secara standard bersama bateri paling besar (95.8 kWj) untuk jarak pemanduan yang lebih jauh.


2027-Toyota-Highlander-EV-US-19.jpg


Dari segi kuasa, model AWD dengan dwi-motor mampu menghasilkan sehingga 338 hp dan tork 438 Nm. Bagi varian FWD pula, ia menghamburkan kuasa yang lebih rendah iaitu 221 hp dengan tork 268 Nm. Perbezaan ini memberikan pengguna pilihan antara prestasi mantap atau kecekapan tenaga. 


Selain itu, varian AWD turut dilengkapi ciri off-road pintar seperti Multi-Terrain Select dan Crawl Control. Teknologi ini berfungsi mengoptimumkan cengkaman dan kestabilan kenderaan, sekali gus memudahkan pemandu mengharungi pelbagai permukaan jalan yang mencabar dengan lebih yakin.


Highlander EV didatangkan standard dengan port pengecasan NACS (Tesla) yang membolehkan pengecasan 10% ke 80% dalam masa sekitar 30 minit sahaja. Dengan cas penuh, model ini mampu mencapai jarak sehingga 462 km (bateri 77 kWj) untuk varian XLE FWD dan 435 km (bateri 77 kWj) atau 515 km (bateri 95.8 kWj) bagi XLE AWD. Varian Limited didatangkan standard dengan bateri 95.8 kWj, membolehkan ia bergerak sejauh 515 km, seperti XLE AWD dengan bateri yang sama.  


Bilakah Toyota Highlander EV 2027 Akan Menjengah Pasaran?


2027-Toyota-Highlander-EV-US-33.jpg


Jualan bagi Toyota Highlander EV 2027 dijadualkan bermula pada penghujung tahun ini. Buat masa ini, ia hanya disahkan untuk pasaran Amerika Utara. Persoalannya, adakah Toyota akan membawa masuk model ini ke pasaran global atau Asia Tenggara dalam masa terdekat? Sama-sama kita nantikan.

Juga Menarik: UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh

2027-Toyota-Highlander-EV-US-24.jpg2027-Toyota-Highlander-EV-US-22.jpg

Tag:

Toyota Highlander EV
Toyota Highlander EV 2027
SUV Elektrik Toyota
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV
PRO-NET Agresif:  Buka 2 Lagi Outlet  Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026