Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Zeekr-7X-OffRoad-Sepang-MBA-12.jpg


Jenama elektrik premium di bawah naungan Geely, Zeekr, nampaknya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Di majlis makan malam Tahun Baharu Cina yang diadakan semalam, Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.


Pengumuman ini dikongsi oleh Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu, yang memberi bayangan bahawa tahun ini bakal menjadi fasa paling kritikal buat jenama tersebut di pasaran tempatan.


Apakah Tiga Model Misteri Yang Bakal Dilancarkan?


web_caricarz_TA_Zeekr-Malaysia-2026-Plans_-6.jpg


Walaupun Eddy Lu tidak mendedahkan nama model secara terus, dalam pembentangannya, beliau menunjukkan tiga bayangan kenderaan bersama petunjuk segmen model:

  • 'Compact Premium SUV Refresh': Ini dipercayai ialah Zeekr X versi yang diberikan kemaskini (2026MY).
  • 'Luxury Redefined': Bayangan ini kuat menjurus kepada Zeekr 009 Grand, versi ultra-mewah bagi MPV elektrik sedia ada yang hadir dengan konfigurasi empat tempat duduk eksklusif.
  • 'The New Flagship': Ini berkemungkinan besar merujuk kepada  Zeekr 9X. Model ini menggunakan sistem trenkuasa hibrid plug-in (PHEV).

2025041915341983.jpg2025041915342384.jpgZeekr-X-Malaysia-9.jpg


Dua daripada tiga model baharu yang akan tiba di pasaran negara tahun ini ialah Zeekr 009 versi ultra-mewah (4-tempat duduk) dan juga Zeekr X yang telah dinaik taraf.


Mengapa Zeekr 9X Curi Tumpuan?


web_CariCarz_Auto-Shanghai-2025_Zeekr-9X_-3.jpgZeekr-7X-OffRoad-Sepang-MBA-7.jpgZeekr-7X-OffRoad-Sepang-6.jpg


Bagi peminat kereta yang menjanjikan keasyikan pemanduan sebenar kerana prestasi yang tinggi, Zeekr 9X adalah model menarik untuk diberikan perhatian. Ia bukan sahaja sebuah model flagship baharu, tetapi juga model pertama Zeekr yang mempunya sistemi enjin pembakaran dalaman (ICE). 


Sebagai sebuah kereta PHEV, enjin ICE ini digabungkan dengan sistem hibrid yang menghasilkan kuasa cukup padu mencecah 1,400 hp dan tork 1,410 Nm.


Dengan kuasa kuda setinggi itu, walaupun tubuhnya seperti 'gergasi', ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.1 saat sahaja!


Adakah Zeekr Akan Memulakan Pemasangan Tempatan (CKD)?


Satu lagi berita besar adalah pengesahan bahawa crossover elektrik Zeekr 7X bakal dipasang secara tempatan (CKD) pada tahun ini. Langkah ini dijangka akan membuatkan harga jualan model tersebut lebih kompetitif berbanding unit import sepenuhnya (CBU).


Bagaimanapun, tarikh pelancaran rasmi untuk setiap model dan permulaan operasi CKD masih dirahsiakan buat masa ini.


Juga Menarik: SUV Elektrik Zeekr 7X Terbukti 'Ganas' Tempuhi Cabaran Off-Road Di Sepang Bay 13


Juga Menarik: Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?


Bagaimana Dengan Rangkaian Servis Dan Jualan Zeekr?


web_caricarz_TA_Zeekr-Malaysia-2026-Plans_-4.jpg


Produk hebat tidak bermakna tanpa sokongan selepas jualan yang memuaskan. Zeekr Malaysia menyasarkan pengembangan rangkaian yang agresif tahun ini:

  • 18 Cawangan Pusat Jualan: Bakal dibuka di lokasi strategik seluruh negara.
  • 12 Pusat Servis: Untuk memastikan penyelenggaraan kenderaan pelanggan lebih mudah.
  • 9 Pusat Badan & Cat (B&P): Kemudahan lengkap untuk mengembalikan kenderaan kepada keadaan asal. 

Tag:

Zeekr
Zeekr Malaysia
Rancangan Zeekr Malaysia
Zeekr Malaysia 2026
Zeekr 9X
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
EV

Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.

09-02-2026
Global

Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026

Zeekr, telah menyiarkan beberapa imej rasmi SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, Zeekr 8X.

22-01-2026
EV
Global

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000

Penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik Zeekr 7X yang ke-2,000 baru-baru ini.

22-12-2025
Teknologi

Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.

26-11-2025
EV

Zeekr 7X Generasi Seterusnya Didedahkan – Cecah 784 HP, Capai 802 KM, Cas Hanya 10 Minit!

Walaupun baru sahaja membuat kemunculan sulung di Malaysia beberapa bulan lalu, model Zeekr 7X sudah pun ‘melalui evolusi’ besar-besaran di China.

23-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026