Link Copiedcheck_circle
Tips

Cara Kawal Marah Bila Jammed

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jutaan kenderaan dijangka akan memenuhi lebuhraya utama di negara ini memandangkan ramai yang pulang ke kampung untuk menyambut raya.

Dengan kesesakan yang teruk ada kemungkinan  perjalanan yang sepatutnya penuh kegembiraan bertukar menjadi medan "perang mulut" dan bunyi hon yang memekitkan telinga? Kesesakan lalu lintas atau jammed adalah musuh nombor satu pemandu di Malaysia, terutamanya di Lebuhraya PLUS atau LPT semasa musim perayaan.

Kalau tak dijaga, road rage boleh berlaku. Jadi, sebelum anda "meletup", ikuti panduan psikologi pemanduan ini agar anda kekal tenang sehingga sampai ke destinasi.

1. Jaga "Vibe" Dalam Kereta (Kuasai Playlist Anda)

Bunyi bising atau radio yang terlalu bingit boleh meningkatkan tahap stres secara tidak sedar.

  • Tips: Tukar kepada muzik yang lebih tenang, podcast yang informatif, atau dengar buku audio. Jika anak-anak mula meragam, pastikan mereka ada hiburan sendiri (tablet atau buku) supaya anda boleh fokus kepada pemanduan.

2. Jangan Ambil Hati (It's Not Personal)

image.png

Apabila ada pemandu yang memotong barisan (queue jump) atau masuk simpang tanpa lampu isyarat, jangan anggap mereka sengaja mahu mencabar anda.

  • Fikir Positif: Anggap sahaja mereka sedang kecemasan atau mungkin "terdesak" mahu ke tandas. Membalas dendam dengan menghimpit semula hanya akan meningkatkan risiko kemalangan.

3. Teknik Pernafasan 4-7-8

Apabila anda rasa jantung mula berdegup kencang dan tangan mencengkam stereng dengan kuat, itu tandanya hormon stres (kortisol) sedang memuncak.

  • Cara: Tarikh nafas melalui hidung (4 saat), tahan nafas (7 saat), dan hembus perlahan-lahan melalui mulut (8 saat). Teknik ini terbukti secara saintifik dapat menenangkan sistem saraf anda dalam masa kurang 2 minit.

4. Sediakan "Comfort Kit" Yang Cukup

image.png

Perut yang lapar (hungry) boleh menyebabkan anda cepat marah (angry)—atau kita panggil HANGry.

  • Persediaan: Pastikan ada snek ringan, air mineral yang cukup, dan gula-gula getah di dalam kereta. Gula-gula getah membantu mengurangkan ketegangan otot rahang yang sering berlaku apabila kita stres.

5. Terima Hakikat: Jammed Adalah Sebahagian Daripada Perjalanan

Kawal apa yang anda boleh kawal sahaja. Anda tidak boleh kawal jumlah kereta di jalan raya, tetapi anda boleh kawal tindak balas anda.

  • Mindset: Katakan pada diri sendiri, "Aku akan sampai juga nanti, cuma lambat sedikit. Keselamatan keluarga lebih penting daripada 10 minit yang hilang."


Gallery

Tag:

jammed
kawal perasaan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Tips
Ini 3 Sebab Kenapa Anda Jangan Guna Kaki Kiri Dalam Kereta Auto

Ini 3 Sebab Kenapa Anda Jangan Guna Kaki Kiri Dalam Kereta Auto

Ketahui 3 bahaya besar jika anda memandu kereta auto menggunakan dua kaki.

05-04-2026
Tips
Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula

Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula

Renew Lesen MyJPJ vs Ambil Ujian Semula – Mana Lagi Mudah?

27-03-2026
Tips
Cara Renew Lesen MyJPJ

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026
Tips
Cara Lindungi Kad NFC Touch 'n Go Akibat Bahang Kereta

Cara Lindungi Kad NFC Touch 'n Go Akibat Bahang Kereta

Tips Penting: Elak Kad Touch 'n Go Daripada Melengkung Musim Panas Ini.

26-03-2026
Tips
Jenis Tinted Kereta 2026:  IRR, UVR, dan TSER

Jenis Tinted Kereta 2026: IRR, UVR, dan TSER

Info Tinted 2026: Jangan Keliru Lagi Dengan IRR, UVR, dan TSER

26-03-2026
Tips
Tanda Bateri Kereta Kong yang Ramai Tak Sedar, Elak Terkandas

Tanda Bateri Kereta Kong yang Ramai Tak Sedar, Elak Terkandas

Awas! 5 Tanda Bateri 'Nyawa-Nyawa Ikan', Jangan Sampai Menangis Tepi Highway PLUS Tengah Malam.

25-03-2026
Tips
Jerry Can vs Tong Biasa, Kenapa Jerry Can Lebih Kuat & Selamat

Jerry Can vs Tong Biasa, Kenapa Jerry Can Lebih Kuat & Selamat

Jerry Can vs Tong Biasa, Kenapa JANGAN Guna Tong Biasa untuk Petrol.

25-03-2026
Tips
Bolehkah Isi RON95 Ke Dalam Tong, Masih Ramai Keliru

Bolehkah Isi RON95 Ke Dalam Tong, Masih Ramai Keliru

Jangan Jadi 'Mangsa' Seterusnya Di Stesen Minyak, Fahami Pantang Larang Isi RON95 Dalam Tong.

25-03-2026