- Berita
- Tips
- Cara Kawal Marah Bila Jammed

Jutaan kenderaan dijangka akan memenuhi lebuhraya utama di negara ini memandangkan ramai yang pulang ke kampung untuk menyambut raya.
Dengan kesesakan yang teruk ada kemungkinan perjalanan yang sepatutnya penuh kegembiraan bertukar menjadi medan "perang mulut" dan bunyi hon yang memekitkan telinga? Kesesakan lalu lintas atau jammed adalah musuh nombor satu pemandu di Malaysia, terutamanya di Lebuhraya PLUS atau LPT semasa musim perayaan.
Kalau tak dijaga, road rage boleh berlaku. Jadi, sebelum anda "meletup", ikuti panduan psikologi pemanduan ini agar anda kekal tenang sehingga sampai ke destinasi.
1. Jaga "Vibe" Dalam Kereta (Kuasai Playlist Anda)
Bunyi bising atau radio yang terlalu bingit boleh meningkatkan tahap stres secara tidak sedar.
Tips: Tukar kepada muzik yang lebih tenang, podcast yang informatif, atau dengar buku audio. Jika anak-anak mula meragam, pastikan mereka ada hiburan sendiri (tablet atau buku) supaya anda boleh fokus kepada pemanduan.
2. Jangan Ambil Hati (It's Not Personal)
Apabila ada pemandu yang memotong barisan (queue jump) atau masuk simpang tanpa lampu isyarat, jangan anggap mereka sengaja mahu mencabar anda.
Fikir Positif: Anggap sahaja mereka sedang kecemasan atau mungkin "terdesak" mahu ke tandas. Membalas dendam dengan menghimpit semula hanya akan meningkatkan risiko kemalangan.
3. Teknik Pernafasan 4-7-8
Apabila anda rasa jantung mula berdegup kencang dan tangan mencengkam stereng dengan kuat, itu tandanya hormon stres (kortisol) sedang memuncak.
Cara: Tarikh nafas melalui hidung (4 saat), tahan nafas (7 saat), dan hembus perlahan-lahan melalui mulut (8 saat). Teknik ini terbukti secara saintifik dapat menenangkan sistem saraf anda dalam masa kurang 2 minit.
4. Sediakan "Comfort Kit" Yang Cukup
Perut yang lapar (hungry) boleh menyebabkan anda cepat marah (angry)—atau kita panggil HANGry.
Persediaan: Pastikan ada snek ringan, air mineral yang cukup, dan gula-gula getah di dalam kereta. Gula-gula getah membantu mengurangkan ketegangan otot rahang yang sering berlaku apabila kita stres.
5. Terima Hakikat: Jammed Adalah Sebahagian Daripada Perjalanan
Kawal apa yang anda boleh kawal sahaja. Anda tidak boleh kawal jumlah kereta di jalan raya, tetapi anda boleh kawal tindak balas anda.
Mindset: Katakan pada diri sendiri, "Aku akan sampai juga nanti, cuma lambat sedikit. Keselamatan keluarga lebih penting daripada 10 minit yang hilang."
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

