Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hantar 5,000 Unit Dalam 60 Hari! Proton e.MAS 5 Kini Tapau Pasaran EV Sebab Paling Murah Di Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

eMAS5-5K-DELIVERED.png

Nampaknya, Proton e.MAS kekal sebagai jenama EV No.1 di Malaysia memandangkan Proton e.MAS 5 mencatatkan rekod lebih 5,000 penghantaran dalam tempoh hanya dua bulan selepas pelancarannya.

Pencapaian ini bukan sekadar kejayaan biasa; ia adalah rekod terpantas yang pernah dicatatkan oleh mana-mana jenama EV di Malaysia bagi tempoh masa yang sama.

eMAS-NO1-BRAND_OP2.png

Mencabar Dominasi Kereta Petrol

Apa yang lebih mengejutkan, Proton e.MAS 5 bukan sahaja mendominasi carta EV untuk bulan Februari, malah ia berjaya memecah masuk ke tangga ke-5 keseluruhan model kenderaan terlaris di Malaysia.

Ini bermakna, ia adalah sebuah kereta elektrik yang mampu bersaing sengit dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang sudah lama bertapak di pasaran.

image.png

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET,Zhang Qiang mengakui melepasi 5,000 penghantaran dalam hanya dua bulan dan mencatat lebih 3,500 tempahan untuk e.MAS 7 PHEV dalam tempoh sebulan setengah jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin menerima mobiliti elektrik dengan lebih pantas.

"Keputusan ini mengesahkan strategi kami untuk menawarkan penyelesaian elektrifikasi yang praktikal dan berbaloi, disesuaikan khusus untuk pasaran tempatan. 

"Matlamat kami ialah menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses, memberi keyakinan dan relevan untuk keluarga Malaysia dalam kehidupan seharian," katanya dalam satu kenyataan.

EV Paling Mampu Milik: Bermula RM59,800

image.png

Faktor utama di sebalik kegilaan ini adalah harganya. Digelar sebagai EV paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 ditawarkan pada harga bermula dari RM59,800.

image.png

Untuk makluman anda, Proton e.MAS 5 digelar sebagai kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia memandangkan harganya bermula daripada RM59,800.

Proton e.MAS 5 hadir dalam dua varian: Prime dan Premium.

image.pngimage.png

Varian Prime, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti LFP 30.12kWh serta motor 58kW (79PS) dan tork 130Nm. Dengan bateri terbabit, ia mampu menawarkan pemanduan sejauh 225km (WLTP) dan kelajuan maksimum 125km/j.

Sementara itu, varian Premium menggunakan motor elektrik tunggal dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 116PS dan 150Nm. Ia yang disumbat dengan bateri  LFP CATL berkapasiti  40.16kWj, memberikan jarak sehingga 325km (WLTP. Ia dan pecutan 0-100km/j dalam 3.9 saat, dengan kelajuan maksimum 135km/j.

Ini menunjukkan varian Premium mencuri tumpuan dengan kemampuan memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa hanya 3.9 saat, satu angka yang biasanya hanya ditemui pada kereta sport prestasi tinggi.


Gallery

Tag:

Proton e.MAS 5
PRO NET
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura

Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.

09-07-2026
EV

19-06-2026
Gaya Hidup

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

11-05-2026
Berita Auto

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.

30-04-2026
EV

10-03-2026
Tips

06-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto