- Berita
- Gaya Hidup
- Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Proton e.MAS, jenama EV No.1 di Malaysia menganjurkan program pemanduan kenderaan elektrik untuk golongan wanita “The Real e.MAS Drive” ke Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.
Sambutan positif daripada edisi sulung tahun lalu, edisi kedua kini kembali sempena Bulan Kesihatan Wanita dengan tema “Zoom to Bloom” yang menekankan kepentingan berehat dan pemulihan. Bertempat di Sentosa Janda Baik, program ini menggabungkan pengalaman pemanduan, kesihatan dan kreativiti para peserta.
Antara model yang diuji ialah Proton e.MAS 5, e.MAS 7, e.MAS 7 PHEV.

Menerusi program itu, para peserta wanita berpeluang merasai pengalaman memandu Proton e.MAS 7 dan Proton e.MAS 7 PHEV, dengan fokus kepada kegunaan harian, pemanduan yang lancar serta kemudahan pengecasan.
Demonstrasi pengecasan pantas secara langsung turut menunjukkan betapa mudahnya pengecasan singkat disesuaikan dalam rutin harian, sekali gus mengukuhkan kepraktisan pemilikan EV untuk gaya hidup bandar.
Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Salawati Mohd Yusoff berkata, penganjuran semula The Real e.MAS Drive mencerminkan bagaimana perjalanan Proton e.MAS bersama pemandu wanita terus berkembang.

"Kami melihat minat yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik dalam kalangan wanita Malaysia, didorong oleh keperluan mobiliti yang praktikal, mudah diakses dan mudah digunakan,” katanya.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
