- Berita
- Berita Auto
- Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akhirnya membuka mulut dengan mengeluarkan satu kenyataan rasmi, sebentar tadi.
Berikut adalah perinciannya:
1.Tiada Diskriminasi Terhadap BYD: Syarat lesen yang dikenakan bukan untuk 'membuli' jenama China, sebaliknya ia adalah polisi standard bagi semua pelaburan automotif baharu bermula September 2025.
2. MITI dilaporkan menetapkan syarat yang mewajibkan 80% pengeluaran kilang BYD diperuntukkan untuk pasaran eksport. Dakwaan bahawa hanya 20% kereta BYD yang dipasang tempatan boleh dijual di sini dan perlu berharga melebihi RM200,000 adalah tidak tepat.
3. Larangan Import Trak Pikap: Dakwaan bahawa BYD Shark atau GWM Cannon dilarang masuk adalah tidak benar. Import (CBU) masih dibenarkan melalui kuota AP untuk kajian pasaran, namun hala tuju jangka panjang tetap ke arah pemasangan tempatan (CKD).
4.Syarat EV yang diimport sepenuhnya (CBU) mestilah dijual pada harga melebihi RM250,000, yang mana ia bercanggah dengan matlamat untuk menjadikan EV lebih mudah diakses.- Di bawah dasar AP Francais, harga atas jalan (OTR) minimum standard bagi semua kenderaan penumpang yang diimport sepenuhnya (CBU) ke dalam negara adalah RM250,000.
Bagi menggalakkan penggunaan awal kenderaan elektrik (EV), Kerajaan telah memperkenalkan kelonggaran sementara bermula tahun 2022 sehingga 31 Disember 2025. Kelonggaran ini mengurangkan harga OTR minimum khusus untuk EV (CBU) daripada RM250,000 kepada RM100,000.
5.Pendekatan MITI Bukan 'Protectionist' tetapi berorientasikan pembangunan: Pelaburan tanpa komitmen eksport atau pelan penyesuaian tempatan yang jelas hanya memberi manfaat terhad kepada ekosistem automotif tempatan.Rangka kerja diwujudkan untuk menggalakkan komitmen jangka panjang bernilai tinggi yang memberi manfaat kepada pelabur dan Malaysia.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/