Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Langkah Berani Honda Malaysia: Tawar 2 Varian e:HEV Honda CR-V 2026

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Honda Malaysia  mengambil langkah  berani apabila menawarkan dua varian hibrid e:HEV E dan  e:HEV RS, sekali gus mengukuhkan komitmen Honda untuk membawa mobiliti elektrik serta pengalaman pemanduan yang menyeronokkan (“Fun To Drive”) kepada  ramai rakyat Malaysia.

Selain menawarkan dua varian hibrid,, terdapat satu varian petrol dimana CR-V e:HEV RS 2.0L – RM195,900, CR-V 1.5L Turbo V – RM181,900 dan CR-V e:HEV E 2.0L – RM178,200.

image.pngimage.png


Kedua-dua varian hibrid ini disumbat dengan enjin 2.0L e:HEV yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 184PS dan 335Nm tork.

Di sebalik itu, mungkin ada yang bertanya apakah persamaan kedua-dua varian terbabit?  

image.png

Berikut adalah perinciannya:

Kedua-dua varian ini dilengkapi dengan:

  • Rangkaian Kuasa i-MMD: Enjin 2.0L hibrid dengan tork 335 Nm yang memberikan pecutan responsif seperti kereta elektrik (EV).
  • Honda CONNECT & Digital Key: Buat pertama kalinya, Honda Malaysia memperkenalkan ciri Digital Key dengan CR-V Baharu, yang membolehkan pemilik mengunci dan membuka kunci kenderaan serta menghidupkan enjin melalui telefon pintar.Selain itu, ciri kawalan jauh yang berfungsi seperti Remote Window Close dan Remote Power Tailgate turut disepadukan dalam aplikasi mudah alih Honda CONNECT untuk CR-V Baharu, menawarkan kemudahan penggunaan dan keselesaan tambahan kepada pemilik.
  • Infotainmen: Skrin 9-inci Advanced Display Audio yang kini dilengkapi dengan Google Audio Services (Google Maps, Google Assistant terintegrasi).
  • Konektiviti: Sokongan Wireless Apple CarPlay dan Android Auto serta pengecas telefon tanpa wayar.
  • Keselamatan: Dilengkapi standard dengan Blind Spot Information (BSI), Rear Cross Traffic Monitor (CTM), dan 8 Beg Udara.

Pendek kata jika anda mahukan penjimatan minyak hibrid dan tork padu 335 Nm dengan harga lebih rendah, e:HEV E adalah pilihan terbaik.

Namun, jika anda mahukan kemewahan sistem audio BOSE dan paparan 360 darjah, e:HEV RS tetap menjadi johan.

CR-V baharu kini di pengedar sah Honda. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau melayari www.honda.com.my


Gallery

Tag:

Honda CR-V 2026
Honda CR-V e:RS
Honda e:HEV E
Honda e:HEV RS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026