- Berita
- Kereta Baru
- Langkah Berani Honda Malaysia: Tawar 2 Varian e:HEV Honda CR-V 2026
Langkah Berani Honda Malaysia: Tawar 2 Varian e:HEV Honda CR-V 2026

Honda Malaysia mengambil langkah berani apabila menawarkan dua varian hibrid e:HEV E dan e:HEV RS, sekali gus mengukuhkan komitmen Honda untuk membawa mobiliti elektrik serta pengalaman pemanduan yang menyeronokkan (“Fun To Drive”) kepada ramai rakyat Malaysia.
Selain menawarkan dua varian hibrid,, terdapat satu varian petrol dimana CR-V e:HEV RS 2.0L – RM195,900, CR-V 1.5L Turbo V – RM181,900 dan CR-V e:HEV E 2.0L – RM178,200.


Kedua-dua varian hibrid ini disumbat dengan enjin 2.0L e:HEV yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 184PS dan 335Nm tork.
Di sebalik itu, mungkin ada yang bertanya apakah persamaan kedua-dua varian terbabit?

Berikut adalah perinciannya:
Kedua-dua varian ini dilengkapi dengan:
- Rangkaian Kuasa i-MMD: Enjin 2.0L hibrid dengan tork 335 Nm yang memberikan pecutan responsif seperti kereta elektrik (EV).
- Honda CONNECT & Digital Key: Buat pertama kalinya, Honda Malaysia memperkenalkan ciri Digital Key dengan CR-V Baharu, yang membolehkan pemilik mengunci dan membuka kunci kenderaan serta menghidupkan enjin melalui telefon pintar.Selain itu, ciri kawalan jauh yang berfungsi seperti Remote Window Close dan Remote Power Tailgate turut disepadukan dalam aplikasi mudah alih Honda CONNECT untuk CR-V Baharu, menawarkan kemudahan penggunaan dan keselesaan tambahan kepada pemilik.
- Infotainmen: Skrin 9-inci Advanced Display Audio yang kini dilengkapi dengan Google Audio Services (Google Maps, Google Assistant terintegrasi).
- Konektiviti: Sokongan Wireless Apple CarPlay dan Android Auto serta pengecas telefon tanpa wayar.
- Keselamatan: Dilengkapi standard dengan Blind Spot Information (BSI), Rear Cross Traffic Monitor (CTM), dan 8 Beg Udara.
Pendek kata jika anda mahukan penjimatan minyak hibrid dan tork padu 335 Nm dengan harga lebih rendah, e:HEV E adalah pilihan terbaik.
Namun, jika anda mahukan kemewahan sistem audio BOSE dan paparan 360 darjah, e:HEV RS tetap menjadi johan.
CR-V baharu kini di pengedar sah Honda. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau melayari www.honda.com.my
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/