- Berita
- Kereta Baru
- Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
Mitsubishi Xforce didatangkan dalam dua varian iaitu Urban RM109,980 dan Ultimate (RM119,980).
Bagi tempahan awal, para pelanggan menerima rebat tunai sebanyak RM5,000, kos servis percuma sebanyak tiga kali dan contest beli 1 percuma 1.
Antara pakej yang ditawarkan:
Excitement Package – RM3,280 (Front Under Garnish, Side Door Garnish, Rear Under Garnish)
Fashion Roof Rail Package – RM1,760
Practical Package – RM560 (Luggage Tray, Mud Guard)
Mengenai trenkuasa, Mitsubishi Xforce disumbat dengan enjin petrol 1.5 liter aspirasi semula jadi bersama transmisi automatik CVT, menghasilkan kuasa 105PS dan tork 141Nm.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/