Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-1-(2).jpeg

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Edisi terbaharu dalam Keluarga MINI kini boleh didapati dalam pilihan warna Putih dan Kelabu (Statement Grey).

Acara tersebut mengalu-alukan lebih 200 tetamu, termasuk pelanggan dihargai dan peminat INI, yang hadir untuk menikmati secara dekat keunikan rekaan serta sentuhan estetika halus hasil kolaborasi MINI Paul Smith Edition.

Pengarah MINI Malaysia, Linnet Yew, berkata MINI Paul Smith Edition mencerminkan DNA kreatif jenama dan semangat tersendiri. Tambahan lagi, MINIacs dapat menghayati kehalusan seni ketukangan, perwatakan dan ekspresi gaya hidup yang ditampilkan oleh MINI Paul Smith Edition.

Photo-2.jpeg

"Sebagai pelengkap majlis pelancaran, MINI Paul Smith Edition, Auto Bavaria turut mempamerkan secara menyeluruh beberapa edisi MINI yang terkemuka, membolehkan tetamu meneroka pilihan reka bentuk dan prestasi terpelbagai MINI.

"Antaranya termasuk MINI Countryman Stealth Limited Edition dan MINI Countryman Shadowline Limited Edition daripada Auto Bavaria sendiri, MINI 1965 Victory Edition dan juga MINI John Cooper Works GP Inspired Edition yang diperkenalkan baru-baru ini,"  katanya.

Setiap edisi istimewa dikeluarkan dalam kuantiti terhad, menekankan ciri eksklusif dan jarang dilihat bagi mereka yang ingin memiliki sesuatu yang benar-benar menampilkan kelainan.

Tag:

mini paul smith
BMW MINI
MINI
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pusat Pameran MINI 1S Dibuka Di Ipoh, Perak

MINI Malaysia (BMW Group Malaysia) melebarkan rangkaian jenamanya di utara Semenanjung Malaysia apabila membuka sebuah bilik pameran MINI baharu berstatus 1S di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

02-12-2025
Berita Auto

Rasai "Pemanduan Go Kart" Dengan MINI Di MINI JCW Track Day 2025

MINI Malaysia menganjurkan acara MINI John Cooper Works (JCW) Track Day 2025 untuk pihak media di Gamuda Cove, Selangor, pagi tadi.

23-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000

MINI Cooper S 5-Door sudah menembusi pasaran tempatan.

08-10-2024
Kereta Baru

MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888

MINI Malaysia buat julung kalinya melancarkan crossover kompak elektrik pertamanya, MINI Aceman, sebentar tadi.

08-10-2024
Berita Auto

Nak Beli MINI, Ada "Genius"Yang Akan Bantu Anda!

Buat masa ini, Mini Genius telah ditempatkan di enam pengedar MINI.

24-07-2024
Berita Auto

MAS 2024: Ada Berita Baik Buat Pembeli BMW!

,BMW Group Malaysia menawarkan tawaran eksklusif dan istimewa untuk barisan model BMW, MINI serta BMW Motorrad.

22-05-2024
Kereta Baru

MINI Countryman JCW Trim Cuma Ada 168 Unit Di M'sia

MINI hanya menawarkan 168 unit MINI Countryman JCW Trim.

04-03-2024
Global

Selamat Tinggal MINI Clubman, Pengeluaran 55 Tahun Kini Ditamatkan

Kilang MINI di Oxford, UK mencatat satu detik penting baru-baru ini dengan penghasilan unit MINI Clubman terakhir.

07-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

30-04-2026
Berita Auto

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.

30-04-2026
Berita Auto

Update Harga Minyak: Ada Yang Naik, Ada Yang Kekal. Check Sini

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi naik mulai esok.

29-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih

Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.

29-04-2026
Berita Auto

Tak Menang Tangan! Mitsubishi Hantar 900 Unit Xforce Kepada Pelanggan April Ini

Laku Keras! Mitsubishi Xforce Buktikan Siapa 'Raja' SUV Kompak Terbaharu.

29-04-2026
Berita Auto

Continental Perkenal Tayar All-Terrain Terbaharu CrossContact A/T

Continental Tyres secara rasmi memperkenalkan CrossContact A/T², di pasaran tempatan.

29-04-2026
Berita Auto

Jangan Risau BUDI95 200 Liter Kekal

Kerajaan mengesahkan bahawa penyelarasan sementara kuota inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) akan dikekalkan pada kadar 200 liter sebulan buat masa inI.

29-04-2026
Berita Auto

Michelin Primacy 5 energy Kini Jadi Penyelamat Dompet Pemilik EV & SUV

Michelin Malaysia memperluaskan rangkaian tayar premium dengan MICHELIN Primacy 5 energy dan MICHELIN Pilot Sport 5 energy.

29-04-2026