Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Buka Bilik Pameran Butik Gen-4 Pertama Di Pavilion Bukit Jalil

Suhana Veru

Kongsi melalui

Chery-Pav-Bukit-Jalil.jpg

Chery Malaysia terus agresif memperkukuh rangkaian jentera mereka di Lembah Klang dengan pembukaan rasmi pusat pameran butik yang terletakk di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dikendalikan oleh rakan pengedar sah, Apple Autotech Sdn. Bhd., premis ini merupakan konsep  butik ketujuh Chery di seluruh negara, sekaligus menandakan pusat pameran butik Generasi 4 pertama seumpamanya di rantau Lembah Klang.

Konsep Gen-4: Beli Kereta Sambil 'Shopping'

Terletak di Lot No. 3.102.00, Aras 3 (Pavilion Bukit Jalil), ruang santai seluas 837 kaki persegi ini direka khas untuk mendekati pelanggan secara santai. Berbeza dengan pusat jualan tradisional, konsep stand-alone ini membolehkan pengunjung melihat model terbaharu, berurusan dengan penasihat jualan, dan mengatur sesi pandu uji dalam satu bumbung ketika keluar membeli-belah.

“Pelanggan hari ini menghargai kemudahan dan fleksibiliti, dan kami ingin mendekati mereka di tempat yang mereka sudah biasa kunjungisama ada membeli barangan keperluan, menikmati hidangan atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

"Konsep ini membolehkan kami membawa pengalaman Chery lebih dekat kepada pelanggan, menjadikan penerokaan kenderaan lebih intuitif, menarik dan sebahagian daripada kehidupan harian,” kata  Naib Presiden Chery Malaysia,  Lee Wen Hsiang.

Pusat pameran butik ini beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam, termasuk cuti umum.

Kemunculan Eksklusif Chery TIGGO 9!

Satu berita gembira buat peminat SUV premium, Chery mengesahkan bahawa TIGGO 9 (yang bakal dilancarkan tidak lama lagi) akan dipamerkan secara eksklusif di outlet Pavilion Bukit Jalil ini bermula hujung minggu ini, 23 Mei 2026. Ini adalah peluang k untuk orang ramai melihat model flagship tersebut secara dekat sebelum pelancaran rasmi.

Promosi Mei: Penjimatan Hingga RM8,888 & Jaminan 10 Tahun

Sempena dengan pelancaran ini, Chery turut menawarkan promosi masa terhad untuk model-model terpilih sepanjang bulan ini termasuk TIGGO Cross, Chery O5, dan TIGGO 7 PHEV:

  • Rebat Tunai: Penjimatan luar biasa sehingga RM8,888.

  • Waranti Bateri Lanjutan (Model PHEV): Jaminan bateri komprehensif sehingga 10 tahun atau 200,000 km (merangkumi pek bateri, motor kuasa, dan unit kawalan kenderaan).

Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman pemanduan Chery atau mencari lokasi pengedar berhampiran, anda boleh melayari Chery Dealer Locator atau layari laman web rasmi Chery Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026