Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rupanya Ramai Tak Tahu, Kereta Rosak Depan Rumah Kalau Dipulangkan Boleh Dapat Duit! Ini Caranya...

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ibu kota negara kini dalam misi 'pembersihan besar-besaran' bagi menghapuskan 'bangkai bernyawa' yang mencacatkan pemandangan. Sejak tahun 2022 hingga 2025, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melupuskan sebanyak 4,622 kenderaan buruk dan tersadai demi memastikan persekitaran Kuala Lumpur kekal bersih, selamat, dan teratur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mendedahkan bahawa dalam tempoh tersebut, DBKL menerima lambakan 9,411 aduan daripada orang awam yang rimas dengan kehadiran kenderaan terbiar ini.

Daripada jumlah aduan itu, sebanyak 4,637 kenderaan telah berjaya ditarik ke depoh DBKL. Selepas proses semakan, 4,622 buah daripadanya telah dihantar ke pusat pelupusan, manakala baki yang sedikit telah dituntut semula oleh pemilik masing-masing.

Operasi 2026: Ratusan Lagi Bakal Dilebur


image.png

Langkah drastik ini tidak berhenti di situ. Bagi tahun ini sahaja (sehingga Mei 2026):

  • 1,504 kenderaan telah ditarik keluar dan disumbat ke depoh DBKL.

  • 367 kenderaan daripadanya kini sedang menunggu giliran dalam proses pelupusan mengikut prosedur rasmi.

"Isu kenderaan tersadai ini bukan perkara remeh. Ia menjejaskan imej bandar, mengundang aktiviti vandalisme, dan yang paling bahaya, menjadi 'sarang mewah' pembiakan nyamuk aedes," tegas Hannah Yeoh.

image.png

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.

Sumbat Depoh Sampai Penuh? DBKL & JPJ Gading Bahu

Lambakan kenderaan buruk ini jika dibiarkan akan memakan ruang depoh simpanan. Menyedari hakikat itu, Hannah Yeoh dan Datuk Bandar telah bertemu dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke minggu lalu.

Kolaborasi antara DBKL dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini diperkukuh bagi mempercepatkan proses semakan pemilik, sitaan, dan pelupusan. Matlamatnya jelas: Selesaikan isu birokrasi supaya petak parkir awam di kawasan bandar dan perumahan tidak terus 'dijajah' oleh kenderaan rosak.


Jangan Tinggal Saja, Lupus Sukarela Boleh Dapat Duit!

Mengapa ramai yang suka tinggalkan kenderaan mereka begitu sahaja sehingga berkarat? Menurut Hannah, ramai pemilik sebenarnya buntu tidak tahu cara melupuskan kenderaan dan takut dikenakan caj trak tunda yang mahal.

Kini, ada berita gembira. Orang ramaiterutamanya yang tinggal di luar Program Perumahan Rakyat (PPR)tidak perlu lagi menunggu tindakan penguatkuasaan DBKL. Anda boleh melupuskan sendiri kereta, lori, atau bas rosak secara proaktif melalui syarikat panel yang dilantik, Car Medic.

Kenapa program ini menarik?

  • Tiada Kos Tunda: Kenderaan anda akan diuruskan secara sistematik.

  • Ganjaran Tunai: Pemilik akan diberikan sebut harga dan menerima bayaran tunai berdasarkan keadaan kenderaan tersebut (kecuali motosikal).

  • Selamat & Sah: Car Medic dipilih oleh DBKL melalui tender terbuka dan mempunyai lesen sah untuk kitar semula kenderaan secara mesra alam.

 Jika anda mempunyai 'bangkai kereta' yang menyemak di depan rumah, hubungi pihak berkuasa atau Car Medic.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026