Link Copiedcheck_circle
Tips

Jangan Jadi Mangsa Banjir Kilat: Ini Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Air Mula Naik Di Jalan Raya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pantun lama ada menyebut, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri." Namun bagi kebanyakan kita hari ini, pantun itu mungkin sudah bertukar menjadi: "Hujan lebat di tengah kota, risau kereta dinaiki banjir.

Setiap kali awan hitam mula berkumpul dan guruh berdentum, perasaan kita bukan lagi sekadar menikmati suasana sejuk.

Sebaliknya, jantung mula berdegup kencang. Ada satu rasa trauma yang sukar digambarkan takut jalan mula dinaiki air dan kereta kesayangan tersadai di tengah jalan.

Trauma "Flash Flood" Yang Menghantui

image.png

Bagi warga kota, banjir kilat atau flash flood bukan lagi perkara asing. Hanya 30 minit hujan lebat yang luar biasa sudah cukup untuk menukarkan lebuh raya yang sibuk menjadi "sungai" yang menghanyutkan harapan.

Rasa takut itu bukan kosong. Kita takutkan:

  • Kereta Rosak: Enjin mati akibat water hammer, sistem elektronik litar pintas, dan kos membaiki yang boleh mencecah ribuan ringgit.

  • Tersadai: Bayangkan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas sementara paras air di sebelah tayar semakin meninggi. Perasaan itu sangat menyesakkan dada.

  • Kerja Tergendala: Urusan jemput anak sekolah, janji temu penting, atau sekadar mahu pulang berehat selepas penat bekerja semuanya hancur dek gangguan banjir.

Kereta: Harta Kedua Paling Berharga

image.png

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kereta bukan sekadar kenderaan, tetapi pelaburan besar. Melihat air mula memasuki ruang kabin atau mencecah paras ekzos adalah mimpi ngeri.

"Nak redah ke tak?" – Inilah soalan paling berisiko yang sering bermain di minda. Silap percaturan, kita bukan sahaja kehilangan kenderaan, malah keselamatan diri juga terancam.

Tip "Survival" Untuk Anda Yang Kerap Berdepan Hujan Lebat:

            1. Peka Dengan Aplikasi Navigasi: Gunakan Waze atau Google Maps. Jika ada laporan "Flood" atau "Heavy Traffic" yang luar biasa, segera cari laluan alternatif yang lebih tinggi.
            2. Jangan Redah Jika Ragu-ragu: Jika air sudah mencecah lebih separuh tayar, BERHENTI. Jangan sesekali cuba meredah kerana ombak dari kenderaan besar (seperti lori) boleh menolak air masuk ke dalam enjin anda.
            3. Semak Polisi Insurans: Pastikan anda mempunyai perlindungan Peril Khas (Special Perils). Walaupun ia nampak seperti kos tambahan, ia adalah penyelamat nyawa dompet anda jika perkara buruk berlaku.
            4. Simpan Barang Penting Di Tempat Tinggi: Jika anda terpaksa meninggalkan kereta, pastikan dokumen penting dan barangan elektronik dibawa bersama atau diletakkan di tempat paling tinggi di dalam kereta.
            5. Jangan hidupkan enjin selepas banjir.
            6. Matikan penghawa dingin kereta jika redah banjir.

            RIBUT PETIR

              Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan enam negeri hingga jam 12 tengah hari ini.

                METMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan ia membabitkan beberapa kawasan di Putrajaya, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

                Gallery

                Tag:

                banjir kilat
                Kongsi Artikel Ini

                Ditulis pada

                Suhana Veru

                Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

                Kongsi melalui

                Berita Terkini

                Tips

                Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur

                Memandu Dalam Jerebu: 5 Langkah Keselamatan Penting.

                26-08-2026
                Tips

                Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?

                Tiba-Tiba Mat Rempit 'Block' Jalan? Ini Hak Anda Sebagai Pemandu & Kenapa Kena Segera Call PDRM.

                23-08-2026
                Tips

                EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?

                EV Terbakar? Ini Tips Cas EV Di Rumah Dengan Selamat.

                17-08-2026
                Tips

                Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu

                Makin moden, makin manja, kenapa kereta sekarang tak sejantan macam kereta dulu?

                05-08-2026
                Tips

                "Kenapa Penumpang Kerap Pening & Loya Dalam Kereta EV?

                Sakit Kepala Lepas Naik Kereta EV? Netizen Kaitkan Dengan ‘Regen Braking?

                05-08-2026
                Tips

                Tiba-Tiba Banjir di KL: 5 Kesilapan Ini Boleh 'Bunuh' Enjin Kereta Anda Dalam 15 Minit

                Lembah Klang Hujan Lebat? Ini 5 Tips Penting Pemandu KL Elak Kereta Tenggelam Banjir

                21-07-2026