Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nak Marketing Letup Akhirnya Masuk Lokap

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Niat di hati mahu buat pemasaran gempak sempena ulang tahun keenam kedai pakaian, namun padah pula yang menimpa. Akibat kemaruk content media sosial, pemilik kedai bersama 14 individu lain kini terpaksa 'merayakan' sambutan tersebut di dalam lokap.

Taktik pemasaran berbahaya yang menyaksikan sekumpulan individu membakar suar di atas pacuan empat roda di tengah-tengah kesibukan Bukit Bintang akhirnya memakan diri apabila pihak polis bertindak sepantas kilat.

 Kantoi Dalam Tempoh 24 Jam!

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mendedahkan bahawa susulan video tular berdurasi 6 hingga 10 minit itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi telah melancarkan operasi khas.

  • Tempoh Tangkapan: Kurang dari 24 jam selepas video tular.

  • Zon Tangkapan: Siri serbuan dilakukan dari jam 12.30 tengah hari hingga 10 malam di rumah suspek sekitar Batu Caves, Kajang, Shah Alam, dan Dengkil.

  • Jumlah Ditahan: 15 individu (14 lelaki, 1 wanita) berusia antara 17 hingga 30 tahun.

 Diupah Serendah RM50 Demi Aksi Bahaya

image.png

Siasatan mendapati pemilik kedai pakaian yang baru berusia 24 tahun itu telah menyewa sebuah pacuan empat roda Ford Raptor dan mengupah 'pelakon tambahan' untuk menjayakan sesi penggambaran ekstrem tersebut.

"Individu yang diupah menerima bayaran serendah RM50 hingga RM700 untuk melakukan aksi terbabit," jelas ACP Sazalee Adam dalam sidang media.

Sementara itu, satu-satunya wanita yang ditahan (berusia 24 tahun) merupakan pekerja kedai yang bertindak sebagai koordinator atau pengarah di lokasi kejadian.

 Kenderaan 'Haram' Atas Jalan Raya Turut Dirampas

Bukan sahaja isu bakar suar, polis turut menyita kenderaan yang digunakan dalam gimik murah tersebut:

  • Motosikal Scrambler: Hasil semakan mendapati motosikal jenis scrambler yang dirampas adalah keluaran luar negara, tidak boleh didaftar untuk kegunaan jalan raya, dan hanya untuk aktiviti off-road. Pemiliknya bakal berdepan tindakan saman.

  • Ford Raptor: Kereta mewah tersebut disewa oleh pemilik kedai daripada salah seorang suspek yang ditahan.

Depan Hukuman Berat: Penjara 7 Tahun Menanti

Walaupun ujian saringan air kencing kesemua suspek didapati negatif dadah, mereka kini direman selama tiga hari dan bakal berdepan 'gugusan' akta berat.

Kes disiasat di bawah:

  • Seksyen 290 & Seksyen 279 Kanun Keseksaan (Gangguan awam & memandu secara berbahaya)

  • Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957

  • Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987

  • Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda RM10,000. Pihak polis turut merakamkan ucapan terima kasih kepada netizen dan orang awam yang pantas menyalurkan maklumat sehingga kesemua suspek berjaya diberkas.

Pengajarannya? Nak buat marketing biarlah kreatif, jangan sampai menyusahkan pengguna jalan raya lain dan diri sendiri!

Gallery

Tag:

bukit bintang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Cadangan Bukit Bintang Dijadikan Kawasan Pejalan Kaki Disokong Sepenuhnya

Cadangan Bukit Bintang Dijadikan Kawasan Pejalan Kaki Disokong Sepenuhnya

Cadangan untuk menjadikan Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur sebagai kawasan pejalan kaki disokong sepenuhnya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Transit Malaysia.

09-01-2025
Berita Auto
Jalan Bukit Bintang Mungkin Akan Jadi Laluan Untuk Pejalan Kaki Sahaja?

Jalan Bukit Bintang Mungkin Akan Jadi Laluan Untuk Pejalan Kaki Sahaja?

Isu kesesakan di kawasan Segi Tiga Emas, Bukit Bintang, seolah-olah tiada penghujungnya. Walaupun punca utama masalah trafik ini telah dikenalpasti, masih tiada penyelesaian yang dapat ‘menamatkan’ isu ini daripada terus berlaku.

30-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Berita Auto
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan  Akhir Tahun Nanti

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026