- Berita
- Berita Auto
- Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%
Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%

MG Motor Malaysia memulakan tahun 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan pertumbuhan jualan yang luar biasa, sekali gus membuktikan jenama ikonik ini semakin mendapat tempat di hati pemandu tempatan.
Prestasi Jualan Luar Biasa
Berdasarkan data prestasi suku pertama 2026, MG Motor Malaysia berjaya mencatatkan:
Peningkatan 57% berbanding suku keempat (S4) 2025.
Pertumbuhan 39% tahun-ke-tahun (YoY) berbanding tempoh yang sama pada 2025.
Lonjakan drastik ini bukan sekadar angka, malah ia mencerminkan keyakinan pengguna yang semakin memuncak terhadap kualiti, teknologi, dan nilai yang ditawarkan oleh MG.
MG5 EV CKD: Pencetus Fenomena
Kejayaan ini didorong kuat oleh pelancaran model MG5 EV pemasangan tempatan (CKD) yang menerima sambutan hangat. Strategi lokalisasi ini bukan sahaja mengukuhkan rantaian produk MG, malah membuktikan komitmen jangka panjang syarikat terhadap ekosistem automotif Malaysia.
Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi mengakui suku pertama merupakan permulaan yang bermakna dan memberangsangkan bagi MG di Malaysia.
“Daripada pengiktirafan produk hingga pelancaran tempatan MGS5 EV CKD, pencapaian ini mencerminkan kekuatan rangkaiancdf produk kam w x xi serta komitmen jangka panjang kami terhadap pasaran Malaysia," katanya.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/