Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tiada lagi alasan tunggang motosikal tanpa lesen sebab "poket kering"! Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Pengangkutan (MOT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Kementerian Pendidikan (KPM) kini tampil "belanja" golongan belia dan pelajar sekolah memiliki lesen sah secara 100% percuma.

Program ini merupakan antara inisiatif strategik Kerajaan MADANI dalam memperluaskan akses kepada pelesenan memandu yang sah, selamat dan berstruktur, khususnya kepada golongan belia serta pelajar sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah.

image.png

Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada sistem pelesenan lesen memandu negara akibat kekangan kewangan, di samping meningkatkan tahap keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan generasi muda. 

Bukan Biasa-Biasa, Ini Pecahan "Durian Runtuh" Kuota 2026:

  • Program MyLesen B2 (Belia): RM10.5 juta diperuntukkan untuk 30,000 peserta.
  • Program MyB2S (Pelajar Sekolah): RM18.5 juta disediakan untuk 60,000 pelajar.
  • Khusus di Negeri Johor: Seramai 8,000 anak muda bertuah mendapat manfaat ini melibatkan peruntukan RM2.4 juta!

Misi Utama: Tamatkan 'Sumpahan' Angka Maut Anak Muda

Inisiatif ini bukan sekadar bantuan kewangan kosong, tetapi merupakan satu intervensi kecemasan demi menyelamatkan nyawa.

Fakta Menakutkan: Statistik menunjukkan lebih 60% kematian akibat nahas jalan raya di Malaysia melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Apa yang menyedihkan, majoriti mangsa adalah anak muda berusia bawah 30 tahun.

Dengan adanya latihan berstruktur dan lesen sah melalui program ini, kerajaan tekad mahu mengubah corak pemanduan generasi muda agar lebih berhemah, selamat, dan mematuhi undang-undang.











Gallery

Tag:

Program MyLesen B2
MYB2S
Ministry of Transport (MOT)
Road Transport Department (JPJ)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pemegang MyLesen B2 'Rempit' Bakal Kehilangan Lesen?

JPJ kini sedang meneliti kemungkinan untuk membatalkan lesen motosikal yang diperoleh melalui Program MyLesen B2 sekiranya pemegang lesen melanggar peraturan jalan raya.

24-06-2025
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026
Berita Auto

Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan

Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.

14-08-2026
Berita Auto
Berita Auto

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Raba Penumpang, Lesen Pemandu Grab Dibatalkan

Loke telah mengarahkan JPJ membatalkan lesen pemandu Grab terbabit.

03-02-2026
Berita Auto

Perhatian Pemandu Malaysia, Bermula 1 Feb, Tiada Lagi Slip Cukai Jalan Bercetak

Mulai 1 Februari 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan tidak akan lagi mengeluarkan slip road tax bercetak bagi kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia.

27-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026