- Berita
- Berita Auto
- iCAUR V23 Menang Anugerah
-full_normal.jpg)
iCAUR V23, sebuah SUV berkotak elektrik sepenuhnya, telah memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.
Meraih penghormatan berprestij di peringkat antarabangsa ini yang sering digelar sebagai "Oscar bagi Dunia Reka Bentuk"bukan sahaja satu pengiktirafan terhadap keupayaan reka bentuk iCAUR, malah menjadi bukti kepada kehebatan estetika klasik.
Barisan juri tahun ini amat kagum dengan tahap inovasi yang tinggi serta pendekatan reka bentuk holistik yang dipamerkan oleh iCAUR V23.
Bahasa Reka Bentuk dan Identiti
.jpg)
Dari sudut bahasa reka bentuk, V23 dibina berasaskan siluet berkotak yang menjadi identitinya. Menampilkan susun atur roda di setiap penjuru selain memamerkan personaliti yang melebihi kelasnya.
Bagi perinciannya:
- Lampu hadapan bulat: Mengekalkan identiti klasik jentera pacuan empat roda (off-roader) lasak.
- Penutup radar lutsinar & lampu brek ketiga gaya piksel: Menyuntik elemen futuristik dan berteknologi tinggi
- Beg galas" (backpack) modular di bahagian belakang: Mengekalkan fungsi praktikal sambil menambah sentuhan santai berinspirasikan teknologi, yang unik untuk era tenaga baharu.
Menghubungkan Gaya Hidup Generasi Muda

Apa yang membezakan V23 adalah ia tidak mengehadkan dirinya dalam kerangka tradisi "kenderaan lasak tegar". Sebaliknya, ia mencipta "ruang ketiga" yang membolehkan pengguna mengekspresikan personaliti mereka, sekali gus menyatu lancar dengan gaya hidup generasi muda.
Dengan lebih daripada 20 ruang antara muka ubah suai (modification interfaces) yang disediakan, V23 menawarkan kemungkinan tanpa had untuk penyesuaian peribadi, membolehkan setiap pemilik menjadikan kenderaan ini cerminan sebenar identiti mereka.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
