Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebuah kenderaan yang dipercayai merupakan harta pusaka milik seorang individu yang telah meninggal dunia, akhirnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dikesan dipandu secara haram oleh seorang lelaki warga Rohingya dalam Ops PeWA di KM2 Jalan Guar Nenas–Gurun, Kedah.

Berdasarkan halaman rasmi Facebook JPJ Negeri Kedah, hasil pemeriksaan mendapati pemandu terbabit gagal mengemukakan lesen memandu yang sah.

"Lebih mengejutkan, kenderaan jenis Kia Sephia itu tidak mempunyai perlindungan insurans dan cukai jalan telah tamat tempoh sejak Mac 2023," katanya.

image.png

Semakan lanjut mendapati pemilik berdaftar kenderaan berkenaan telah meninggal dunia, manakala siasatan awal percaya kenderaan tersebut telah dijual atau diserahkan kepada warga asing tanpa urusan pertukaran hak milik yang sah.

Susulan pelbagai pelanggaran undang-undang yang dikesan, kenderaan terbabit telah disita untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JPJ menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi membanteras penggunaan kenderaan yang tidak mematuhi peraturan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.






Gallery

Tag:

Rohingya
JPJ
Kia Sephia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Rohingya Sanggup Bayar Sehingga RM500, Guna Identiti Rakyat Tempatan Daftar Kenderaan

Segelintir warga asing menggunakan identiti rakyat tempatan untuk mendaftar kenderaan dengan bayaran antara RM50 sehingga RM100 sebulan atau 'one-off' antara RM300 hingga RM500 setahun.

15-07-2025
Berita Auto

Warga Asing Beli Lesen Dari Media Sosial, Guna Nama Penduduk Tempatan Yang 'Baik Hati'

Semakin hari semakin ramai warga asing menggunakan kenderaan tanpa lesen memandu sah.

25-04-2024
Berita Auto

Warga Rohingya Semakin Ramai Memandu Secara Haram Di Kota Bharu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sejumlah 343 notis saman kepada warga asing tahun lalu.

02-01-2023
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026