Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ingat gaya, rupanya maut! Niat hati nak nampak stylo dan pacu kelajuan maksimum, tapi tindakan segelintir penunggang motosikal melakukan pengubahsuaian ekstrem ibarat menempah kain kapan sendiri di atas jalan raya.

Terbaharu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak membongkarkaabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perakkal yang sengaja dibuang brek belakang dan hanya bergantung sepenuhnya pada brek hadapan!

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, antara pengubahsuaian paling membimbangkan ialah melibatkan sistem brek apabila terdapat trend motosikal membuang brek belakang dan hanya bergantung kepada brek hadapan.

“Apabila sistem brek diubah suai hingga membuang brek belakang, ia jelas membahayakan. Ini seolah-olah mereka mahu cepat menemui Tuhan,” katanya dalam sidang akhbar Op Motosikal Ekstrem di Depoh Sita JPJ Negeri Perak.

Selain sistem brek, penggunaan ekzos 'senapang' dan pengubahsuaian tayar turut menjadi antara kesalahan teknikal ekstrem yang kerap dikesan dalam operasi berkenaan.

Lebih teruk,  ada penunggang menggunakan tayar terlalu kecil atau dikenali sebagai ‘tayar sotong’ yang tidak mengikut spesifikasi asal pengeluar, dipercayai bagi tujuan meningkatkan kelajuan.

Beliau turut mendedahkan kos pengubahsuaian motosikal boleh mencecah sehingga RM15,000 bergantung kepada jenis komponen dan kemampuan pemilik, termasuk ekzos yang dianggarkan antara RM500 hingga RM2,000.

"Kita tidak mahu pengubahsuaian ini akhirnya mengorbankan nyawa, bukan sahaja penunggang tetapi juga pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah," katanya.

Mengulas lanjut, Mohammad Yusoff berkata, JPJ Perak akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengekang penawaran alat ganti yang menyumbang kepada pengubahsuaian ekstrem.

"Kita akan lihat dari sudut ‘supply and demand’. Kita mahu kurangkan penawaran supaya keperluan itu tidak terus wujud dalam masyarakat," katanya.


Gallery

Tag:

JPJ
JPJ PERAK
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-05-2026
Berita Auto

21-05-2026
Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026