- Berita
- Kereta Baru
- KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
Selepas dipertontonkan sebagai unit pra-pengeluaran di Penang AutoShow 2026, versi produksi rasmi JETOUR T1 kini membuat penampilan umum sulungnya di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.
Menjelang pelancaran rasminya di Malaysia, JETOUR T1 kini turut tersedia untuk sesi pandu uji di KLIMS 2026 serta di bilik pameran JETOUR yang sah di seluruh negara.
Untuk makluman, ia ditawarkan dalam varian 1.5L TGDi 2WD dan 2.0L TGDi XWD yang mana JETOUR T1 masing-masing dianggarkan bermula pada harga RM143,800 dan RM153,800.
SUV ini ditawarkan dalam empat pilihan warna luaran iaitu Khaki White, Aviation Silver, Sand Gold dan Carbon Black.
Varian T1 1.5L TDGi 2WD dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo direct injection yang dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan, bagi memberikan prestasi responsif dan pemanduan lancar.
Sementara itu, varian 2.0L TDGi XWD dilengkapi enjin 2.0 liter turbo direct injection yang lebih berkuasa bersama 7+X mod pemanduan untuk keupayaan dan adaptasi yang lebih baik.
.jpg)
.jpg)
Pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat perbezaan ruang kabin antara kedua-dua varian. Varian 1.5L TGDi 2WD menawarkan ruang dalaman yang praktikal dan lengkap dengan tempat duduk kulit sintetik, tempat duduk pemandu laras kuasa, paparan multimedia 12.8 inci, sistem audio 8 pembesar suara serta pencahayaan ambien monokrom.
.jpg)
.jpg)
Bagi mereka yang mengutamakan pengalaman yang lebih premium, varian 2.0L TGDi XWD hadir dengan paparan multimedia 15.6 inci yang lebih besar, sistem audio premium SONY 9 pembesar suara, pencahayaan ambien 64 warna, kerusi pemandu dengan memori, kerusi penumpang hadapan laras kuasa serta sunroof panoramik.
JETOUR T1 juga telah memperoleh penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP di bawah protokol penilaian 2021–2025.
Orang ramai boleh melihat dan memandu uji JETOUR T1 di KLIMS 2026 atau di bilik pameran JETOUR yang sah di seluruh negara.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/