Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (KLIMS 2026) apabila mendedahkan dua model terbaharunya yang bakal membuatkan peminat kereta mewah tidak senang duduk: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

Dari 'Newbie' Terus Jadi Raja EV Premium!

Siapa sangka, sejak mula bertapak di pasaran tempatan pada Disember 2024, Zeekr hanya memerlukan masa kurang daripada dua tahun untuk memecat status 'orang baharu'. Berdasarkan data pendaftaran JPJ setakat Mei 2026, Zeekr telah mencatatkan jualan terkumpul luar biasa melebihi 4,000 unit.

Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu berkata, menyifatkan dalam masa kurang daripada dua tahun, Zeekr telah berkembang menjadi Jenama EV Premium No. 1 di Malaysia.

"Jadi, kami terus meluaskan kehadiran, fokus kami tetap tertumpu untuk menyediakan bukan sahaja kenderaan yang luar biasa, malah pengalaman pemilikan premium yang lengkap berasaskan kemudahan, keyakinan, dan ketenangan minda," katanya.

Dua Jentera Di KLIMS 2026: Mewah & Berkuasa

image.png

Bagi jutawan dan peminat tegar automotif yang mahukan kelainan, dua model terbaharu ini kini sudah dibuka untuk tempahan:

1. Zeekr 009 Grand: Level Boss


Harga: Bermula RM600,000

Jika model standard belum cukup memukau, versi Grand empat tempat duduk ini direka khusus untuk golongan VIP yang mahukan privasi dan kemewahan mutlak di tempat duduk belakang.

  • Sesi Spa Atas Jalan: Tempat duduk eksekutif baris kedua dilengkapi terapi batu panas dengan urutan 20-titik!

  • Wayang Gambar Peribadi: Skrin MiniLED gergasi 43-inci dipadankan dengan 31-pembesar suara sistem bunyi keliling.

  • Hasil Kemasan Kayangan: Kabin dihiasi batu marmar semula jadi dari pergunungan Himalaya, komponen butang kristal lut sinar, serta peti sejuk 18-liter.

  • Privasi Tahap CIA: Tingkap pintar boleh malap, cermin penghadang pemandu-penumpang, dan petak simpanan peti besi elektronik berkembar dengan kata laluan.

  • Gaya Luar: Rim tempa terapung 20-inci dan jeruji hadapan hitam berkilat DARK BADGE.

2. Zeekr 9X: SUV Elektrik 'Raksasa' 1,030kW

image.pngimage.png

Harga: Bermula RM800,000

Mahu kelajuan? Zeekr 9X ialah jawapannya. SUV mewah berprestasi tinggi ini dibina di atas platform seni bina 900V (SEA-S) yang sangat revolusioner.

  • Pecutan Gila: Dijana sistem SEA Super Hybrid dengan kuasa 1,030kW, ia mampu memecut 0–100 km/j dalam masa 3.1 saat sahaja!

  • Jarak Jauh & Cas Kilat: Jarak pemanduan mencecah 1,250km (CLTC). Lebih gila, mengecas dari 20% ke 80% hanya mengambil masa 8.5 minit!

  • Chassis Pintar AI: Dilengkapi suspensi udara termaju dan kawalan oleng aktif untuk keselesaan lebuh raya dan keteguhan di jalan lasak.

  • Kebal & Selamat: Lulus cemerlang ujian kemalangan empat hala pertama di dunia pada kelajuan 105 km/j. Ditambah pula dengan ciri kawalan angin lintang (crosswind control) dan pengelakan halangan automatik.

  • Dalaman: Ruang tiga baris tempat duduk Cloud Lounge dengan skrin OLED 3K 17-inci serta sistem audio gergasi Naim 3,800W.

Rangkaian Servis Diperluas, Pengenalan 'Zeekr Power'

Bagi menyokong pertumbuhan agresif ini, Zeekr Malaysia tidak melupakan aspek khidmat pelanggan. Daripada lapan cawangan sedia ada (Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Ipoh), mereka menyasarkan perluasan sehingga 18 cawangan menjelang akhir 2026, termasuk melebarkan sayap ke Sabah dan Sarawak, bersama 12 pusat servis serantau.

Selamat Tinggal 'Anxiety' Bateri dengan Zeekr Power

Satu ekosistem pengecasan khas turut diperkenalkan. Stesen mercu (flagship) pertama Zeekr Power akan dibuka di XPark Sunway Serene, menawarkan pengecasan ultra-pantas DC sehingga 480kW.

Bukan itu sahaja, menerusi MOU bersama DC Handal, fasa pertama melibatkan 7 stesen pengecasan (14 petak pengecasan, sehingga 400kW) akan dibangunkan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan di Sunway Pyramid. Seterusnya, 20 stesen lagi disasarkan dalam masa tiga tahun dengan tawaran kadar eksklusif buat pemilik Zeekr.

Jom Serbu KLIMS 2026!

Mahu melihat sendiri kehebatan Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X dari dekat? Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi booth Zeekr Malaysia:

  • Tarikh: 12 hingga 21 Jun 2026

  • Lokasi: MITEC, Kuala Lumpur (Dewan 7, Aras 2, Booth 6B02-C)

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Zeekr Malaysia atau ikuti perkembangan mereka di Instagram (@zeekrmy), Facebook (Zeekr Malaysia), dan TikTok (@zeekrmalaysia).

Gallery

Tag:

Zeekr Malaysia
zeekr 009
Zeekr 9X Grand SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Kereta Baru

Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800

Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.

23-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Seteru 'Rolls-Royce' Dari China Sah Tiba Di Malaysia, Zeekr 9X Bakal Gegarkan KLIMS 2026

Seteru Rolls-Royce versi 'Mampu Milik'? Zeekr 9X bakal didedahkan di KLIMS 2026.

09-06-2026
Gaya Hidup

Zeekr Malaysia Anjur Acara 'Zeekr Dynamic', Himpun Hampir 500 Pemilik Zeekr

Zeekr Dynamic: Himpunan Pemilik Zeekr Serantau Uji Keupayaan EV di SIC!

03-06-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
Berita Auto

"Kereta Yang Solid!" – Lee Chong Wei Pilih Zeekr 7X Sebagai EV Baharunya

Jenama EV premium, Zeekr Malaysia, baru-baru ini menyerahkan unit Zeekr 7X kepada ikon sukan negara, Datuk Seri Dr. Lee Chong Wei.

02-03-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD

Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.

13-02-2026
EV

Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.

09-02-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026