- Berita
- Berita Auto
- Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
Majlis penyampaian anugerah Platinum Driver League 2026 menghimpunkan rakan pemandu dan barisan kepimpinan syarikat bagi menghargai sumbangan para pemandu.
Sesi tersebut turut mengetengahkan prestasi pertumbuhan terkini inDrive Malaysia serta keutamaan syarikat bagi tahun yang akan datang.
Difahamkan berbanding Januari 2026, jumlah perjalanan inDrive Malaysia yang dilengkapkan meningkat sebanyak 8.7%, rakan pemandu aktif bertambah sebanyak 10.2%, manakala jumlah penumpang meningkat sebanyak 1.9%.
Dari segi pertumbuhan bulan ke bulan, pangkalan rakan pemandu aktif meningkat sebanyak 5.5% pada Mei 2026, manakala jumlah penumpang meningkat sebanyak 1.1% berbanding April 2026.
inDrive turut mengumumkan satu pencapaian penting apabila berjaya memperbaharui lesen operasi e-hailingnya, membolehkan inDrive terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia sehingga tahun 2028.
Komitmen inDrive terhadap rakan pemandu turut diterjemahkan melalui kempen komisen 1% di Lembah Klang yang berlangsung dari April hingga Mei 2026.
Inisiatif tersebut membolehkan rakan pemandu mengekalkan bahagian pendapatan yang lebih besar, sambil mengukuhkan komitmen inDrive dalam membina ekosistem e-hailing yang lebih adil dan mampan.
Pengurus Operasi Pemandu, inDrive Malaysia, Azlan Anwar, menyifatkan pertumbuhan inDrive di Malaysia tidak mungkin dapat dicapai tanpa rakan pemandu yang memastikan komuniti terus bergerak setiap hari.
"Ketika kos pemanduan terus meningkat, kami percaya platform seperti inDrive mempunyai peranan untuk membantu pemandu mengurus perbelanjaan mereka dengan lebih baik, menjana pendapatan secara lebih mampan dan merasakan bahawa sumbangan mereka dihargai. Platinum Driver League merupakan salah satu cara kami mengiktiraf usaha mereka.
"Dengan memberikan sokongan yang lebih bermakna kepada pemandu, kami juga dapat meningkatkan pengalaman penumpang dan menyumbang kepada pertumbuhan mampan ekonomi gig di Malaysia," katanya.
Mengiktiraf Rakan Pemandu Cemerlang menerusi Platinum Driver League 2026.
Selepas menerima sambutan menggalakkan dalam edisi sulung tahun lalu, Platinum Driver League kembali berlangsung dari 27 April hingga 31 Mei 2026 dengan menawarkan hadiah bernilai lebih RM100,000 kepada rakan pemandu yang layak di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Peserta berpeluang memenangi hadiah mingguan seperti telefon pintar, tablet, kamera papan pemuka (dashcam) dan baucar bahan api, manakala hadiah utama kempen termasuk sebuah Perodua Bezza 1.3 Advance 2026 dan sebuah motosikal Yamaha NVX.
Pemenang tempat pertama tahun ini berjaya melengkapkan 1,347 perjalanan sepanjang tempoh kempen selama sebulan, sekali gus menonjol dalam kalangan ribuan pemandu Platinum aktif di seluruh negara.
Kempen ini turut mencatatkan peningkatan purata sebanyak 8.7% dalam jumlah perjalanan selesai, mencerminkan tahap penglibatan dan komitmen pemandu yang tinggi sepanjang cabaran tersebut.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/