Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Lantik Grand Motors Sebagai Pengedar Rasmi Proton e.MAS Di Brunei

Suhana Veru

Kongsi melalui

IMAGE-3-(1).jpeg

PROTON  melantik Grand Motors Sdn Bhd sebagai pengedar sah Proton e.MAS di Brunei , baru-baru ini.

Pelantikan itu menjadikan Brunei sebagai pasaran eksport kedua bagi jenama Proton e.MAS selepas Singapura, sekali gus mengukuhkan strategi syarikat untuk mengembangkan kehadiran kenderaan tenaga baharu (NEV) buatan Malaysia di rantau ASEAN.

Grand Motors yang mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam industri automotif Brunei akan bertanggungjawab mengendalikan jualan, pemasaran, khidmat pelanggan serta perkhidmatan selepas jualan Proton e.MAS.

Syarikat itu turut akan mengendalikan sebuah bilik pameran dan pusat servis khusus bagi memastikan pelanggan menikmati pengalaman pemilikan EV yang menyeluruh.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton International Corporation, Edmund Lim Meng Thong berkata, pelantikan itu merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha PROTON mengembangkan perniagaan mobiliti masa depan di luar Malaysia.

"Pelantikan Grand Motors merupakan satu pencapaian penting bagi Proton e.MAS ketika kami meneruskan momentum kejayaan perniagaan EV dan memperkenalkan penyelesaian mobiliti yang dibangunkan di Malaysia kepada lebih ramai pelanggan di rantau ini.

"Brunei merupakan pasaran yang sesuai untuk Proton e.MAS kerana negara itu mempunyai aspirasi jelas untuk membangunkan ekosistem pengangkutan yang lebih lestari. Pada masa sama, pengguna semakin mencari kenderaan yang menawarkan teknologi moden, tahap keselamatan tinggi serta praktikal untuk kegunaan harian," katanya.

Menurut beliau, kerjasama dengan Grand Motors akan menggabungkan kepakaran tempatan syarikat itu dengan keupayaan PROTON dalam pembangunan kenderaan elektrik bagi menawarkan pengalaman pemilikan yang lengkap, sekali gus memudahkan lebih ramai pengguna beralih kepada EV.

Sementara itu, PROTON menjelaskan pelantikan Grand Motors hanya melibatkan rangkaian Proton e.MAS dan kenderaan tenaga baharu. Bagi model enjin pembakaran dalaman (ICE), PAD Motors Sdn Bhd kekal sebagai pengedar sah PROTON di Brunei yang menawarkan model Proton Saga, Proton S70, Proton X50, Proton X70 dan Proton X90.

Dengan dua rakan pengedar yang masing-masing memberi tumpuan kepada segmen kenderaan konvensional dan tenaga baharu, PROTON yakin mampu mengukuhkan lagi kedudukannya di Brunei serta menawarkan pilihan mobiliti yang lebih menyeluruh kepada pengguna.


Tag:

Proton e.MAS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran

Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.

21-04-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026
Kereta Baru

Proton e.MAS 7 PHEV Bakal Tiba 4 Feb Ini – Anggaran RM110K-RM130K, 1,065 KM

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran Proton e.MAS 7 PHEV akhirnya terjawab. Menerusi hantaran terbaru di media sosial rasmi Proton e.MAS baru-baru ini, SUV hibrid plug-in sulung negara ini dijangka akan membuat kemunculan rasmi dalam masa kurang 10 hari lagi,

27-01-2026
EV

Proton e.MAS Kini Miliki Lebih 50 Cawangan, Antara Pengedar EV Terbesar Di Malaysia

Pengedar rasmi Proton e.MAS, kini merupakan rangkaian pengedar kenderaan elektrik (EV) terbesar di Malaysia memandangkan ia kini mempunyai lebih 50 cawangan di seluruh negara, setakat ini.

27-10-2025
EV

Proton e.MAS 5 Bakal Tiba Dengan Kabin Hitam?

Nampaknya, Proton e.MAS 5 bakal ditawarkan dalam versi kabin berwarna hitam. Pilihan warna kabin yang gelap ini dipamerkan ‘dalam diam’ oleh Proton di beberapa lokasi roadshow Jelajah MISI 5 yang kini sedang berlangsung.

25-09-2025
EV

Proton Lancar Kilang EV Pertama Malaysia Di Tanjung Malim

Dalam tempoh kurang setahun selepas majlis pecah tanah, Proton telah merasmikan kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Tanjung Malim, Perak.

05-09-2025
Berita Auto

Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya

‘Tradisi’ pengenalan model EV e.MAS kepada umum di bulan Merdeka diteruskan tahun ini untuk model hatchback kompak yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, Proton e.MAS 5.

01-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026