- Berita
- Berita Auto
- 8 Sami Maut Dirempuh Trak Pikap Dipandu Budak 11 Tahun

Sebuah upacara keagamaan yang sepatutnya berlangsung dengan tenang bertukar menjadi mimpi ngeri yang mengorbankan lapan nyawa sami apabila sebuah trak pikap yang dipandu oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang kawalan lalu merempuh sekumpulan sami di bahu jalan di Mukdahan, Thailand.
Dalam kejadian menyayat hati itu, lapan sami disahkan maut manakala 10 lagi cedera parah.
Polis memaklumkan kanak-kanak itu mengambil trak pikap ibu bapanya tanpa izin sebelum hilang kawalan lalu merempuh kumpulan sami berkenaan.
Lima sami meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga lagi menghembuskan nafas terakhir di hospital. Lebih 10 mangsa lain kini sedang menerima rawatan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
