- Berita
- Berita Auto
- Beli Atau Langgan? Cara Baharu Pandu Suzuki Jimny & Fronx Tanpa Beban Hutang
Beli Atau Langgan? Cara Baharu Pandu Suzuki Jimny & Fronx Tanpa Beban Hutang

Naza Eastern Motors telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan FLUX, sebuah platform langganan kenderaan terkemuka di Malaysia, baru-baru ini.

Menerusi pementeraian Memorandum Persefahaman (MoU), rakyat Malaysia kini boleh menikmati model popular Suzuki Fronx dan Suzuki Jimny AllGrip Plus secara terus melalui pelan langganan bulanan yang jauh lebih fleksibel.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Otomotif Naza, Mohd Rizal Jailan, bukan semua pelanggan yang mengunjungi bilik pameran Suzuki bersedia untuk membuat pembelian secara tradisional, dan perbualan itu tidak sepatutnya terhenti di situ sahaja.

"Dengan kehadiran FLUX di bilik pameran kami, pasukan kami boleh membimbing pelanggan tentang cara tepat langganan ini berfungsi dan membantu mereka memutuskan pilihan yang sesuai dengan keadaan mereka. Ia memberi pelanggan kami laluan kedua untuk memandu pulang kenderaan: beli, atau langgan — dan dalam mana-mana pilihan sekalipun, mereka tetap menjadi sebahagian daripada keluarga Suzuki," katanya.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FLUX, Aziz Ayman berkata, kajian pasaran menunjukkan lebih 60% pembeli kereta di Malaysia kini terbuka kepada langganan berbanding pinjaman.
"Ini bukan lagi satu segmen khusus (niche). Ini adalah arah tuju pasaran. Sebab itulah ini adalah masa yang paling sesuai untuk melancarkan kerjasama antara Suzuki Cars Malaysia dan FLUX.


"Tawaran baharu ini mengambil semua perkara yang merumitkan pemilikan kereta seperti pinjaman, insurans, cukai jalan, penyelenggaraan, dan susut nilai. Ia menggantikannya dengan satu yuran bulanan dan kebebasan untuk berubah mengikut rentak kehidupan. Pemandu kekal menikmati bahagian terbaik memiliki Suzuki yang ikonik," katanya.
Tawaran Istimewa Sempena Merdeka Ke-69!
Bagi merayakan kerjasama ini dan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69, FLUX menawarkan promosi eksklusif:
🎁 Diskaun 69% untuk langganan bulan pertama dan bulan terakhir!
📅 Sah untuk pelan langganan terpilih berdurasi 24 hingga 36 bulan.
⏳ Tawaran sah sehingga 6 September 2026.
Berikut adalah harganya:
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/


