- Berita
- Berita Auto
- Mungkin Dron Anda Salah Satunya? 250,000 Dron Rasmi Berdaftar Di Malaysia
Mungkin Dron Anda Salah Satunya? 250,000 Dron Rasmi Berdaftar Di Malaysia

Sama ada untuk memantau tanaman, mengambil gambar suasana indah dari udara, mahupun urusan harian, dron kini bukan lagi sekadar hobi—ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan ekonomi baharu Malaysia!
Setakat ini, mengejutkan apabila sebanyak 250,000 dron telah rasmi berdaftar dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Melihat kepada ledakan trend ini, kerajaan kini dalam fasa akhir merangka Kerangka Kawal Selia Ekonomi Altitud Rendah (LAE) bagi memastikan pengurusan ruang udara negara kekal selamat dan teratur.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, perkembangan pesat penggunaan dron memerlukan penyelarasan menyeluruh menerusi kerangka kawal selia Ekonomi Altitud Rendah (LAE) yang sedang dibangunkan oleh kerajaan.
"Apabila kerangka ini dilancarkan, memang banyak agensi akan terbabit sebab operasi itu bukan hanya membabitkan aspek perniagaan, tetapi juga keselamatan.
"Sudah pastinya dalam proses pembangunan kerangka itu, semua perkara akan dilihat termasuk keperluan mewujudkan pusat khas di bawah CAAM," katanya pada sesi soal jawab.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
