Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama: Tawar Rebat Hingga RM36,000

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Hyundai Motor Malaysia (HMY) menawarkan promosi hebat dan hadiah eksklusif bermula dari 1 Julai hingga 30 September sempena meraikan ulang tahun pertamanya di pasaran Malaysia.

Presiden Hyundai Motor Malaysia, Eric Lee berkata, ulang tahun pertama Hyundai Motor Malaysia menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Hyundai di Asia Tenggara.

"Kami komited untuk mencipta pengalaman yang menyumbang ke arah kemajuan bagi kemanusiaan melalui kenderaan dan perkhidmatan inovatif kami. Kami berharap dapat membawakan penyelesaian mobiliti yang inovatif, pengalaman pelanggan yang luar biasa dan nilai yang lebih hebat kepada pelanggan kami di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen menyifatkan ulang tahun pertama ini bukan sekadar satu pencapaian bagi Hyundai Motor Malaysia. 

"Setiap kenderaan yang dibeli, setiap kunjungan ke bilik pameran dan setiap kata-kata semangat telah membantu mencorakkan tahun pertama kami di Malaysia. Kempen ulang tahun ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan mereka," katanya.

image.pngimage.png

Rebat, Servis Percuma & Subsidi Bahan Api: 1 Julai – 30 September 2026

Sepanjang tempoh kempen, pelanggan yang membeli model SANTA FE, STARIA, dan TUCSON terpilih boleh memilih antara:

Pakej Ganjaran Pemanduan Menyeluruh (Total Drive Reward Package)*:

  • Rebat tunai sehingga 16% daripada harga runcit kenderaan yang disyorkan

  • 8x servis percuma berjadual merangkumi kos upah dan alat ganti

  • Subsidi bahan api sehingga RM5,000 untuk model Hyundai terpilih

Atau Pakej Penjimatan  (Instant Saving Package)*:

  • Rebat tunai segera sehingga RM36,000 daripada harga runcit kenderaan yang disyorkan

Durian Runtuh Berganda-ganda!: Menangi sebuah Hyundai STARGAZER baharu

image.png

Selain itu, HMY turut memperkenalkan kempen ganjaran "Durian Runtuh Berganda-ganda!", di mana pelanggan yang menempah atau mendaftarkan mana-mana model Hyundai baharu sepanjang tempoh kempen akan berpeluang  memenangi cabutan hadiah utama iaitu sebuah Hyundai STARGAZER baharu.

Bukan itu sahaja, sesi pandu uji, penempahan, dan pendaftaran juga akan memberikan pelanggan penyertaan ke dalam Kempen Pemenang 'Lucky 7' Bulanan di mana cabutan hadiah tunai keseluruhan bernilai RM10,000 dalam bentuk kredit eDompet Touch ‘n Go sedia untuk dimenangi.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web Hyundai.com.


Gallery

Tag:

Hyundai Motor Malaysia (HMY)
Stargazer
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Cawangan Pusat 3S di Kuching

Hyundai Motor Malaysia Buka Cawangan Pusat 3S di Kuching

Hyundai Motor Malaysia dengan kerjasama Heng Lian Enterprise Bhd, membuka cawangan Pusat 3S Hyundai di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

30-06-2026
Kereta Baru
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Berita Auto
Hyundai, EON Tandatangan Surat Hasrat Untuk Buka 2 Cawangan Baharu, Bakal Siap Tahun Depan

Hyundai, EON Tandatangan Surat Hasrat Untuk Buka 2 Cawangan Baharu, Bakal Siap Tahun Depan

Hyundai Motor Malaysia dan EONtelah menandatangani Surat Hasrat untuk membuka dua cawangan pengedar baharu Hyundai di Lembah Klang dan Pulau Pinang,.

15-12-2025
Berita Auto
Staria CKD Sudah Mula Dijual, Harga Serendah RM179,888.

Staria CKD Sudah Mula Dijual, Harga Serendah RM179,888.

Hyundai Motor Malaysia (HMY) mendedahkan pihaknya telah memulakan pemasangan tempatan (CKD) model MPV Staria dimana ia dijual bermula daripada RM179,888.

17-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia, Selangor FC Meterai MoU, Staria Jadi Kenderaan Rasmi Pasukan

Hyundai Motor Malaysia, Selangor FC Meterai MoU, Staria Jadi Kenderaan Rasmi Pasukan

HMY secara rasmi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pasukan Selangor FC atau lebih dikenali sebagai Red Giants.

02-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026