- Berita
- Berita Auto
- Bukan Main Ghairah Angkat Roda Depan...– Kan Dah Kena Cekup

Gara-gara aksi wheelie bersama anak dan bini tular di media sosial, seorang lelaki berusia 26 tahun telah ditahan polis kerana perbuatannya itu bukan sahaja membahayakan nyawanya dan keluarganya tetapi turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali.
Menurutnya tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima selepas rakaman video berdurasi 17 saat memaparkan aksi berbahaya itu tular di Facebook.
Hasil siasatan mendapati kejadian sebenar berlaku pada 28 Mac lalu, kira-kira jam 12.30 pagi di Jalan Lebuhraya Darul Aman berhampiran Dataran Bandar Alor Setar.
"Siasatan mendapati suspek menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Aman Central menuju ke lampu isyarat Pekan Melayu sebelum bertindak mengangkat tayar hadapan motosikal atau melakukan aksi 'wheelie'.
"Ketika kejadian, suspek membawa isterinya sebagai pembonceng belakang serta anak perempuan mereka berusia empat tahun yang berada di bahagian hadapan motosikal," katanya pada Rabu.
Katanya, polis turut merampas motosikal yang digunakan dalam kejadian bagi membantu siasatan. "Hasil semakan juga mendapati suspek tidak memiliki lesen memandu yang sah.
SUMBER SINAR HARIAN
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/