- Berita
- Berita Auto
- F1 Di Malaysia

Persoalan mengenai Formula One (F1) akhirnya terjawab memandangkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menjadi lokasi perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain yang dijadualkan semula pada Oktober depan, umum F1, semalam
F1 yang dimiliki Liberty Media dalam satu kenyataan ketika berlangsungnya GP Hungary mengesahkan perlumbaan pada 4 Oktober di litar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu akan dikenali secara rasmi sebagai 'Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia'.
Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali menyifatkan persetujuan antara kerajaan Malaysia dan Bahrain bersama badan induk Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta F1 itu sebagai perkembangan positif buat peminat.
"Ini berita hebat buat peminat kami. Mereka akan terus menikmati kalendar Formula 1 yang penuh dan menarik, selain menyaksikan sukan ini kembali ke venue yang hebat.
"Sepang mempunyai tempat istimewa dalam sejarah Formula 1. Ia akan menyediakan pentas perlumbaan yang menakjubkan serta pengalaman tidak dapat dilupakan buat peminat di litar dan mereka yang menonton di seluruh dunia," katanya.
Perlumbaan GP Bahrain yang sepatutnya berlangsung di Sakhir pada April lalu, selain GP Arab Saudi di Jeddah, dibatalkan berikutan konflik Iran serta situasi tidak menentu di rantau Asia Barat.
Kemasukan Sepang dalam kalendar F1 menjadikan jumlah perlumbaan musim ini kembali kepada 23 pusingan, walaupun masih terdapat spekulasi mengenai dua perlumbaan terakhir musim ini di Qatar dan Abu Dhabi.
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri sepanjang 99 kilometer di kawasan sempadan Thailand-Malaysia yang dikenal pasti mudah dicerobohi, lapor Thai PBS World.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/