- Berita
- Berita Auto
- F1 Di Sepang: Selain Tiket Madani, Style Picnic Dibincangkan

Kementerian Belia dan Sukan mengesahkan keputusan muktamad harga "Tiket Madani" masih belum diputuskan, buat masa ini.
Menterinya, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata:
"Kita juga berbincang di peringkat Kementerian Belia dan Sukan untuk mewujudkan Tiket Madani dan sebagainya tetapi keputusan muktamad masih belum dibuat kerana berkenaan kos tiket itu adalah hak negara Bahrain.


"Dari segi harga, berapa tiketnya akan dijual dan berapa peratus tiket MyKad yang ingin didapatkan, cuma sebarang perbincangan saya akan maklumkan kemudian. Walaupun tadi ada dalam perbincangan, walaupun ada Tiket Madani, mungkin kita akan juga menggunakan style picnic, maknanya mereka akan duduk, kita lihatlah keadaaan yang sesuai, kita nak kan suasana picnic, yang mana suasana keluarga itu dapat terjalin sewaktu penganjuran F1.

"Perbincangan itu memang sedang dibincangkan tetapi akan difinalizekan, keutamaannya adalah berapa harga tiket dan berapa tiket yang dikeluarkan, maksudnya untuk malaysia berapa, bahrain itu punya sendiri berapa, itu semua dalam sesi perbincangan," katanya selepas mengadakan lawatan kerja sempena penganjuran F1 Bahrain Gulf Air 2026 di Litar Antarabangsa Sepang, petang tadi.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/