- Berita
- Berita Auto
- Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia (HMY) dengan kerjasama BHS Auto Hyundai Sdn Bhd, telah membuka bilik pameran Hyundai 1S baharunya di Pusat Perdagangan Canning II, Ipoh, Perak, baru-baru ini.
Bilik pameran baharu ini merupakan sebahagian daripada strategi pembesaran rangkaian HMY yang lebih luas, bertujuan untuk meningkatkan kebolehcapaian dan menaik taraf pengalaman pemilikan bagi pelanggan di seluruh negara.
Cawangan Ipoh ini menjadi satu lagi pencapaian dalam kemajuan syarikat ke arah penubuhan 25 cawangan menjelang akhir tahun 2026.
Sementara itu, Presiden Hyundai Motor Malaysia, Eric Lee berkata, pihaknya komited untuk membawa jenama lebih dekat dengan pelanggan melalui rangkaian runcit yang kukuh dan mampan.


"Ipoh sentiasa menjadi bandar yang penting dan kami gembira dapat memperkukuh kehadiran kami di sini bersama BHS Auto Hyundai. Dengan pengalaman berdekad-dekad dan reputasi kukuh mereka, kami yakin mereka akan menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan," katanya.

Lokasi & Waktu Operasi
Hyundai Ipoh – BHS Auto Hyundai Sdn Bhd
45, Hala Pusat Perdagangan Canning I, Pusat Perdagangan Canning II, 30350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi:
Setiap hari dari 9:00 AM hingga 5:30 PM
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
