Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kesesakan Kurang Hingga 50%: Ini Bukti Inisiatif Smart Lane Menjadi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, inisiatif Smart Lane yang dilaksanakan di beberapa jajaran utama negara terbukti berjaya mengurangkan  kesesakan trafik antara 30 hingga 50 peratus sejak tahun 2023 sehingga kini.

Malah,  perjalanan bukan sahaja menjadi lebih lancar, malah laluan kecemasan yang dibuka sementara ini juga disahkan selamat dan mencatatkan kadar kemalangan yang sangat rendah berbanding jumlah kenderaan yang melaluinya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan sistem berkenaan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) terbukti berkesan meningkatkan kelancaran aliran trafik di kawasan terlibat. 

image.png

“Bagi tempoh 2023 hingga kini, inisiatif Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan antara 30 peratus hingga 50 peratus.

“Daripada sudut keselamatan, kadar kemalangan di zon Smart Lane didapati sangat rendah jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan trafik di laluan tersebut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Zakri Hassan (PN–Kangar) mengenai justifikasi pelaksanaan Smart Lane di beberapa jajaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada aspek keselamatan dan keselesaan pengguna.

Gallery

Tag:

SmartLane
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jangan Marah Orang Guna SmartLane Raya Nanti

Sempena musim perayaan Aidilfitri ini, laluan SmartLane dibuka.

25-03-2024
Berita Auto

Ramai Keliru Tentang SMARTLANE, Sebab Papan Tanda Kecil Sangat

Betul ramai yang keliru sebab papan tanda SmartLane kecil sangat.

12-03-2024
Berita Auto

Kerana ‘Jahil’ SmartLane, Penunggang Motor Rosakkan Kereta Di Lorong Kecemasan

Rupanya masih ada rakyat Malaysia yang tidak tahu kewujudan laluan SmartLane.

13-02-2024
Berita Auto

Laluan USJ-Seafield ELITE Ada ‘Smartlane’ Bermula 1 Jun - 31 Ogos, Ini Waktunya...

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam 'SmartLane' dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2023 di laluan USJ-Seafield.

01-06-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026