Link Copiedcheck_circle
Tips

Penunggang Motosikal Dalam Bahaya: Ramai Terlibat Kemalangan Maut

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jujur saya katakan, setiap kali membuka laporan trafik harian Selangor, dada rasa berasa  sebak dan terkejut. Seolah-olah tiada hari tanpa berita duka — ada sahaja kelibat penunggang motosikal yang tewas di atas jalan raya.

Manakan tidak, ebuh raya dan jalan perbandaran sekitar Selangor terus menjadi saksi nahas meragut nyawa sejak kebelakangan ini.

Berita mengenai kemalangan maut yang melibatkan penunggang motosikal di kawasan tumpuan seperti berhampiran Sunway Pyramid serta dua kejadian berasingan sekitar berhampiran Aeon Big, Shah ALam  dan Lebuh Raya LKSA, Seksyen 23,.

Malah, tiga nyawa terkorban dalam kejadian kemalangan berasingan membabitkan penunggang motosikal dalam tempoh 12 jam sejak kelmarin

Dua daripadanya berlaku dekat Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam sementara satu lagi insiden di Jalan Meru Tambahan, Selangor yang cukup menggugat jiwa masyarakat.

Kawasan perbandaran yang padat dengan aliran trafik, persimpangan laluan utama, dan kelajuan kenderaan yang tinggi sering kali menjadi lokasi berisiko tinggi terutamanya buat penunggang motosikal yang terdedah secara langsung tanpa perlindungan struktur besi kenderaan.

Realiti Statistik PDRM: Angka Yang Mengerunkan

image.pngb    

Berdasarkan Statistik Harian Kemalangan Jalan Raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertarikh 22 Julai 2026, angka kemalangan menunjukkan peningkatan yang amat membimbangkan dalam tempoh 24 jam sahaja:

Kategori Statistik21 Julai 2026 (Selasa)22 Julai 2026 (Rabu)Perubahan
Jumlah Kemalangan1,773 kes2,036 kes📈 Meningkat +263 kes
Jumlah Kematian13 kematian14 kematian⚠️ 14 nyawa terkorban

Peningkatan lebih 200 kes kemalangan sehari dan angka kematian mencecah 14 orang dalam tempoh 24 jam bukanlah sekadar nombor di atas kertas  sebaliknya ia mewakili 14 buah keluarga yang kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.

Mengapa Laluan Tumpuan Menjadi Saksi Tragedi?

image.png

Kawasan berhampiran pusat membeli-belah utama seperti Sunway Pyramid dan AEON Shah Alam mempunyai beberapa faktor risiko bersama:

  • Sistem Trafik Padat & Bersilang: Pertukaran lorong secara mendadak oleh pemandu kereta yang mencari susur keluar atau laluan ke pusat membeli-belah.

  • Titik Buta (Blind Spot): Kenderaan berat mahupun kereta sering gagal mengesan kehadiran motosikal di celah-celah trafik.

  • Kelajuan vs Kelekaan: Sikap tergesa-gesa ketika waktu puncak (rush hour) serta penggunaan telefon bimbit semasa memandu/menunggang.

Nasihat Pertahanan Diri Buat Penunggang Motosikal

Sebagai penunggang motosikal, anda merupakan golongan paling berisiko (vulnerable road users) di jalan raya. Mempraktikkan Tunggangan Defensif (Defensive Riding) boleh menyelamatkan nyawa anda:

💡 Panduan Keselamatan Utama:

  1. Patuhi Had Laju & Berwaspada di Persimpangan: Jangan sesekali memotong di bahagian titik buta kenderaan besar atau melanggar lampu isyarat walaupun keadaan jalan kelihatan lengang.

  2. Peralatan Perlindungan Lengkap: Sentiasa memakai topi keledar yang diluluskan (SIRIM) dengan tali diikat kemas, serta pakaian berwarna terang/pantul cahaya terutamanya pada waktu malam.

  3. Jarak Selamat & Ramalan Pergerakan: Kekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan. Jangkakan pergerakan kenderaan lain yang mungkin menukar lorong tanpa memberi isyarat.

  4. Penyelenggaraan Motosikal: Pastikan tayar, brek, dan lampu isyarat motosikal sentiasa berada dalam keadaan cemerlang sebelum memulakan perjalanan.

Kesimpulan

Ingatlah, matlamat utama setiap kali kita menunggang bukanlah untuk sampai paling cepat, tetapi untuk sampai dengan selamat ke pangkuan keluarga yang setia menunggu di rumah. Biarlah kita bertoleransi di jalan raya demi kesejahteraan bersama.

Gallery

Tag:

kemalangan maut
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto

Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang

Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.

19-08-2026
Berita Auto

Kemalangan Maut Di Sedenak

Aliran trafik di lokasi kejadian lumpuh.

23-06-2026
Berita Auto

Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"

Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah

15-06-2026
Berita Auto

Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah

Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.

08-06-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Kereta Ditinggal Di Lorong Kecemasan

Kereta tersebut dipercayai mengalami kerosakan sebelum diletakkan dan ditinggalkan di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan.

13-05-2026

Berita Terkini

Tips

Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur

Memandu Dalam Jerebu: 5 Langkah Keselamatan Penting.

26-08-2026
Tips

Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?

Tiba-Tiba Mat Rempit 'Block' Jalan? Ini Hak Anda Sebagai Pemandu & Kenapa Kena Segera Call PDRM.

23-08-2026
Tips

EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?

EV Terbakar? Ini Tips Cas EV Di Rumah Dengan Selamat.

17-08-2026
Tips

Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu

Makin moden, makin manja, kenapa kereta sekarang tak sejantan macam kereta dulu?

05-08-2026
Tips

"Kenapa Penumpang Kerap Pening & Loya Dalam Kereta EV?

Sakit Kepala Lepas Naik Kereta EV? Netizen Kaitkan Dengan ‘Regen Braking?

05-08-2026
Tips

Tiba-Tiba Banjir di KL: 5 Kesilapan Ini Boleh 'Bunuh' Enjin Kereta Anda Dalam 15 Minit

Lembah Klang Hujan Lebat? Ini 5 Tips Penting Pemandu KL Elak Kereta Tenggelam Banjir

21-07-2026