- Berita
- Berita Auto
- Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerima 20 buah Motosikal Wmotor Hawk 200i (Scrambler) bagi memperkukuh pemantauan, mempercepat tindakan dan mencegah aktiviti pencerobohan serta jenayah terhadap aset rel.
KTMB dalam satu kenyataan berkata, motosikal berkenaan akan digunakan oleh Unit Ronda Cegah Jenayah, Jabatan Polis Bantuan KTMB dan ditempatkan di lokasi-lokasi utama serta kawasan berisiko tinggi di sepanjang rangkaian kereta api.
"Inisiatif ini dijangka membantu mengurangkan kes kecurian kabel di sepanjang 1,655 kilometer rangkaian kereta api, sekali gus memastikan keselamatan aset, kelancaran operasi tren dan kebolehpercayaan perkhidmatan kepada pengguna terus terpelihara," katanya.
Terdahulu, majlis penyerahan disempurnakan Ketua Perkhidmatan Korporat RAC, Shahrul Fadli Omar kepada Ketua Polis Bantuan KTMB, SUPT Harizan Hassan di Menara Sentral RAC.


Majlis itu turut disaksikan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan merangkap Pengerusi RAC, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan dan Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Azlan Shah Al Bakri, bersama barisan pengurusan Kementerian Pengangkutan, RAC dan KTMB.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/