- Berita
- Berita Auto
- Ramai Salah Faham Kos Kamera AWAS, MOT Tampil Dedah Angka Sebenar
Ramai Salah Faham Kos Kamera AWAS, MOT Tampil Dedah Angka Sebenar

Kementerian Pengangkutan berkata kos penyelenggaraan setiap unit kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) kira-kira RM112,800 setahun.
Menterinya, Loke Siew Fook, berkata kos itu meliputi penyelenggaraan pencegahan, pembaikan dan kalibrasi berkala.
“Bagaimanapun, jumlah kos keseluruhan yang sering dirujuk turut mengambil kira komponen lain yang dikongsi secara berpusat di bawah kontrak berkaitan bagi memastikan sistem AWAS dapat beroperasi secara berterusan, selamat dan berkesan,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.
Beliau menjawab soalan Shaharizukirnain Abdul Kadir (PN-Setiu) yang meminta justifikasi kos penyelenggaraan didakwanya purata mencecah RM337,000 seunit.
SUMBER FREE MALAYSIA TODAY
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/