Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Satu, Dua, Tiga Kali Kena! Zaman "Terlepas Pandang" Pesalah Trafik Berulang Bakal Berakhir

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman kini dalam proses membangunkan sebuah sistem data khas untuk merekodkan kesalahan trafik berulang  terutamanya membabitkan kes memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Op Mabuk.

Tiada Lagi Alasan "Kali Pertama"!

Ketua Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, pembangunan sistem berkenaan bertujuan membolehkan pihaknya mengesan rekod pesalah trafik sama ada membabitkan kesalahan pertama, kedua atau ketiga.

Buat masa ini,  rekod kesalahan trafik berulang masih menjadi cabaran kerana ia tidak seperti rekod jenayah yang disimpan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

"Pihak JSPT tengah membangunkan sistem data pasal rekod kesalahan berulang ini. Setakat ini, hanya pihak mahkamah yang simpan rekod.

"Sistem data yang baharu itu akan digunakan untuk mengesan yang mana ada kesalahan pertama, kesalahan kedua dan kesalahan ketiga.

"Namun, rekod itu adalah kesalahan dalam lingkungan undang-undang kita," katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Menurutnya, sistem berkenaan penting bagi membolehkan pihak berkuasa menjejaki individu yang pernah ditahan atau dikenakan tindakan atas kesalahan trafik sebelum ini.

"Kita berdepan masalah kerana kesalahan trafik sebelum ini belum dapat direkodkan secara menyeluruh.

"Sebab itu kita cadang bangunkan sistem baharu supaya kita boleh semak rekod seseorang, termasuk berapa kali dia pernah ditahan dan mengulangi kesalahan sama," katanya.


'Op Mabuk' Makin Agresif: Kes Ke Mahkamah Melonjak

image.png

Langkah ini menyusul selepas statistik menunjukkan peningkatan ketara dalam kes pemandu mabuk yang berjaya diheret ke muka pengadil.

Hasil penyediaan Kertas Siasatan Trafik (KST) yang lebih mantap, kualiti siasatan JSPT menyaksikan lonjakan angka yang signifikan bagi tempoh Januari hingga Jun 2026 berbanding tempoh sama tahun lalu:

Kategori SiasatanJan–Jun 2025Jan–Jun 2026Peningkatan
Kertas Siasatan Dibuka (KST)870 kes1,040 kes📈 +19.5% (+170 kes)
Kes Dituduh di Mahkamah486 kes589 kes📈 +103 kes
Kes Dijatuhi Hukuman334 kes414 kes📈 +80 kes

Amaran Keras: Denda Sehingga RM50,000, Penjara 5 Tahun!

Hasbullah menegaskan, JSPT tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang bertindak "membawa maut" dengan memandu dalam keadaan mabuk.

Di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, hukuman yang menanti pesalah bukanlah calang-calang:

  • Kesalahan Pertama: Penjara sehingga 2 tahun dan denda RM10,000 hingga RM30,000.

  • Kesalahan Kedua/Berulang: Penjara sehingga 5 tahun dan denda melonjak dari RM20,000 hingga RM50,000.

Dengan adanya sistem data baharu ini nanti, tiada lagi ruang untuk pesalah tegar bersembunyi di sebalik rekod lampau mereka. Ingat, memandu dalam keadaan mabuk bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mempertaruhkan nyawa insan yang tidak berdosa!

Gallery

Tag:

Traffic Investigation and Enforcement Department (JSPT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kes Pandu Melulu Naik 50%: Ini 3 Negeri Yang ‘Juara’ Carta Road Rage

Makin Ramai Pemandu ‘Gila’ Di Jalan Raya? JSPT Dedah Statistik Mengejutkan Enam Bulan Pertama!

07-07-2026
Berita Auto

JSPT Perak Tawar Diskaun Saman Trafik Terpilih

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontijen Perak menawarkan pengurangan saman trafik terpilih sebanyak 50 peratus sehingga hari ini.

16-02-2023
Berita Auto

Ingat, Parkir Di Tempat Yang Betul, Jangan Susahkan Orang Lain!

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya meletakkan kenderaan di parkir yang sudah disediakan pihak berkuasa.

09-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026